berita

‘Ada Cara Lebih Baik Menegur’ – Kempen Anti LGBT Dikritik Sebar Kebencian & Menjauhkan Dari Islam

February 12th, 2018 | by faris
Isu & Kontroversi

Penularan gejala lesbian, gay, biseksual dan transgender mendapat liputan meluas di media. Walaupun menerima diakui bukan norma masyarakat timur, golongan berkenaan semakin terbuka menonjolkan diri masing-masing sama ada di alam nyata ataupun di media sosial.

Untuk mengekang masalah itu, persatuan pelajar, Ikatan Mahasiswa Dinamik Seri Iskandar mempunyai cara sendiri menanganinya.

Boikot dan tolak LGBT

Kempen yang dirasakan murni untuk menolak berkembangnya gejala itu nampaknya mengundang reaksi negatif netizen. Rata-rata berpendapat LGBT tidak boleh diatasi dengan menanam perasaan kebencian sesama pelajar. Apa yang lebih penting adalah cara menegur dengan betul.

Cara ni buat diorang benci dengan Islam

Menurut seorang netizen, akan ada cara yang lebih baik menegur dan ianya bukan dengan menyebarkan kebencian dan hasutan.Cara sedemikian akan membuatkan mereka yang terlibat lebih benci dengan Islam dan semakin menjauhi agama itu.

Tengok macam mana HR LGBT tolak you pula

Gerakan sebegini buat Muslim murtad?

Agak memalukan universiti terulung Malaysia

Banyak isu lagi penting

Ada juga yang berpendapat, tumpuan patut diberi kepada isu-isu yang lebih penting seperti dadah, arak, rasuah dan vape. Fokus pelajar patut lebih terarah untuk menjadikan mereka pelajar lebih bermanfaat untuk kebaikan manusia sekeliling.

Pergi hidup dalam gua

Kempen boikot ini dirasakan tidak logik kerana  menurut Faizal Hamssin, banyak benda seharian dicipta oleh golongan LGBT. Antaranya adalah iPhone, komputer, pakaian berjenama, enjin carian Google juga Starbucks!

Macam mana kecenderungan seks patut diberi perhatian?

The following two tabs change content below.

SKIP THIS AD ×