berita

Ada Lebih 1000 Beruang Comel – Pameran EcoWorld Kini Kembali Dengan Lebih Meriah!

August 13th, 2017 | by Epul | 5 comments
39.2K
reads
12.1K
shares
Kini Trending

Sebut je EcoWorld semua org tau mereka pernah buat pameran EcoWorld Illuminations Flower Show dan Season’s Flower Show baru-baru ni yang berjaya menarik lebih 300,000 pengunjung! Guess what? Bulan ni mereka kembali lagi dengan pameran ketiga berkonsepkan haiwan comel, katanya salah satu tarikan yang ada nak pecah Malaysia Book of Record! Wah mesti gempak ni!

We Bare Bears 1001 Expo yang sedang berlangsung hingga 3 September depan adalah anjuran Eco Forest, salah satu anak syarikat EcoWorld menjadikan ia satu-satunya acara pertama Malaysia yang bekerjasama dengan We Bare Bears. Nak tau apa yang menarik? Jom kita explore!

Ada 1001 beruang comel untuk korang ambik gambar. Cute gila!

Siapa suka beruang, ada banyak gila beruang comel-comel kat We Bare Bears 1001 Expo yang korang boleh ambik gambar, selfie dan wefie beramai-ramai. Siapa taknak ambik gambar dengan karakter dalam sitkom animasi Amerika We Bare Bears yang dikategorikan lebih kelakar dan menawan dari sitkom Amerika lain. Comel pulak tu!

Jangan lupa upload dalam Facebook, Twitter dan Instagram korang dengan hashtag #WeBareBears #WeBareBears1001Expo #EcoWorld #EcoForest okay!

Bukan tu je, ada beruang gergasi yang bakal memecahkan Malaysia Book of Records!

Selain 1001 beruang comel, korang akan dapat tengok dan boleh bergambar dengan Beruang Inflatable Paling Tinggi di Malaysia setinggi 50 kaki iaitu karakter We Bare Bears sendiri; Grizzly, Panda & Ice Bear yang akan memecahkan Malaysia Book of Records! Wow kena dongak langit baru nampak kepala dia!

Tak cukup dengan tu, ada lagi spot-spot menarik korang boleh ambik gambar antaranya beruang We Bare Bears duduk di tepi tasikberuang sedang berpeluk dan ruang wefie dengan We Bare Bears. Eee jangan lupa ambik gambar, masuk Instagram dan hashtag tau!

Cute nya!

Dah habis tengok beruang comel? Jom makan, minum dan main games pulak?

Datang tempat pameran macam ni memang penat dan boleh mendatangkan lapar kalau berjalan. Jangan risau sebab banyak trak makanan dan minuman disediakan! Dari makanan ringan sampailah minuman cool-cool ada kat sana nanti! Lunch kat sana je lah!

Bukan tu je, kalau korang dah habis tengok beruang, boleh main Carnival Games yang menyediakan permainan ala-ala fun fair menyeronokkan. Korang boleh main satu keluarga sebab diorang sediakan games untuk kanak-kanak dan orang dewasa tau!

Untuk parents, ada Kid Zone, tempat beli cenderahati dan banyak lagi!

Kalau dah habis ambik gambar dengan beruang dan makan, boleh beli cenderahati kat Eco Forest pulak sebab ada jual produk We Bare Bears macam payung, lanyard, patung beruang dan banyak lagi!

Untuk korang yang mungkin berminat nak beli rumah, Eco Forest pun ada projek terbaru mereka di Jalan Broga dengan keluasan 515 ekar yang mampu memuatkan 5,000 buah rumah bakal siap dalam masa 8-10 tahunBest dan tak rugi tau duduk sini, rasa sejuk je sebab dekat gila dengan Bukit Broga!

Haa, kalau korang ada bawak anak, jangan risau kalau anak akan lari sana-sini sebab ada Kid Zone yang menayangkan siri kartun We Bare Bears di skrin besar Eco Forest Gallery. Boleh dengar penjelasan salesman dengan tenang, lega kan?

Apa korang tunggu lagi? Ajak adik, kawan-kawan dan family korang ke We Bare Bears 1001 Expo hari ni sebab bukan ada beruang gergasi je, ada beruang lagi Besar, Warna Biru, Lepastu… Nak tau apa? Datang ke Eco Forest kalau nak tengok! Sebelum datang, take note dengan detail ni ya:-

Tarikh: 12 Ogos – 3 September 2017 (setiap Sabtu dan Ahad)

Masa: 10 pagi – 6 petang

Masuk percuma!

Alamat: EcoWorld Gallery @ Eco Forest, No.1, Lingkaran Eco Forest 1, Eco Forest, Baranang

Connect terus ke Google Maps dan Waze di sini untuk memudahkan korang.

Jom kita tengok apa yang best?


Jangan lupa datang tau. Have fun korang!