berita

‘Ada Saya Kisah?’ – Tak Hairan Seruan Boikot Pengkritik Fesyen, Che Ta Ada Banyak Koleksi Sendiri

April 22nd, 2018 | by faris
Isu & Kontroversi

Pengkritik fesyen Zaihani M Zain baru-baru ini mengaitkan pengurus Che Ta, Afiq Wahab sebagai dalang yang bertanggungjawab menyebarkan screenshot status Facebook kontroversi miliknya. Zaihani malahan menyarankan supaya pereka tempatan tidak menaja baju kepada Che Ta sebagai ‘balasan’ perbuatan itu.

Artikel berkaitan: ‘Luaq Dalam Sama Buruk, Kedut..’ – Pengurus Dituduh Sebar Status, Ini Respon Che Ta

Che Ta yang bengang pengurusnya terpalit dengan isu panas itu baru-baru ini membuat kenyataan pedas mengenai Zaihani namun pengkritik fesyen itu tidak memberikan respon.

Ada saya kisah?

Menurut Harian Metro, pelakon Kiah Pekasam ini tidak kisah dengan seruan boikot oleh Zaihani kerana mempersoal sama ada pereka akan akur dengan kenyataan Zaihani itu.

Boleh kira tak sampai sebelah tangan pun nama pereka yang saya selalu pakai. Persoalan sekarang, adakah pereka nak dengar cakap dia? Sudah tentu kalau saya yang pakai baju mereka lebih meletup.

Tak hairan diboikot

Tambahnya, dia langsung tidak hairan jika diboikot sekalipun kerana rumahnya adalah ‘adik kepada gudang’ kain.

Kalau dia ajak pereka untuk boikot saya, saya tidak hairan. Lagi pun saya ada banyak koleksi sendiri. Kalau Jakel adalah gudang kain, rumah saya pula adik kepada gudang. Jadi, ada saya kisah?

Bantu naikkan nama pereka

Ujar Che Ta lagi, tajaan baju kepadanya bermakna dia membantu pereka baru untuk lebih dikenali dalam kalangan peminat fesyen tempatan dan pelanggan. Personaliti yang terkenal dengan trademark bulu mata palsu ini juga mempersoal sama ada Zaihani ada membantu pereka seperti dilakukannya.

Tidak dinafikan, saya banyak membantu pereka untuk memperkenalkan nama mereka terutama dalam kalangan pereka baru.

Dengan tindakannya itu, adakah pereka nak dengar cakap dia atau masih nak buat baju saya? Lagi satu, adakah dia membantu meningkatkan nama seseorang pereka?

Sumber: Harian Metro
The following two tabs change content below.

SKIP THIS AD ×