berita

‘Adakah Anda Fikir Ronaldinho Boleh Hidup Di Ipoh?’- TMJ

August 19th, 2018 | by Ash Nordin
Kini Trending

Tidak lama dahulu bekas pemain bola sepak terbaik dunia dari Brazil, Ronaldinho telah datang ke Malaysia untuk menghadiri beberapa majlis lawatan. Selepas itu, ada desas desus mengatakan bahawa Persatuan Bolasepak Perak (PAFA) ingin ‘melamar’ bekas pemain Barcelona itu.

Persoalannya, adakah wajar PAFA membawa Ronaldinho untuk bermain Malaysia? Masihkah dia berada di tahap terbaik? Bagaimana pula dengan gajinya? Baca pendapat Tunku Ismail Sultan Ibrahim ini.

Bukan setakat wang tapi..

Pengerusi Liga Bolasepak Malaysia (MFL) serta pemilik Johor Darul Ta’zim (JDT), Tunku Ismail Sultan Ibrahim berkongsi pandangan mengenai perancangan untuk mendapatkan khidmat nama besar dalam bola sepak seperti Ronaldinho kadang kala akan menimbulkan kepada sesuatu pasukan.

Untuk pemain seperti Ronaldinho, sebelum ini dia beraksi bersama pasukan Paris Saint Germain, AC Milan dan Barcelona. Semuanya pasukan di bandar raya besar dunia ini.

Kebanyakan pemain yang datang bukan setakat atas faktor kewangan namun untuk melihat kehidupan mereka di luar padang. Jadi adakah anda fikir Ronaldinho boleh hidup di Ipoh?

Harap buat kajian yang realistik

Tambahnya, berdasarkan pengalaman selepas pasukan JDT mendapatkan khidmat bekas pemain Valencia seperti Pablo Aimar dan bintang Sepanyol, David Guiza pasukan semestinya realistik dengan setiap keinginan pemain terbabit.

Sedangkan Aimar yang berada di Johor Bahru yang sedang membangun pun boleh meminta untuk tinggal di Singapura. Jadi kita perlulah realistik.

Adakah kita mempunyai kemudahan yang terbaik dan stadium yang terbaik? Ada berapa kelab malam ternama di Ipoh? Yang ada cumalah tempat berkaraoke.

Jadi saya tidak nampak kenapa Ronaldinho akan datang ke Perak. Saya harapkan persatuan dapat buat kajian yang realisitik dan tidak memainkan perasaan penyokong.

Sumber: Berita Harian

The following two tabs change content below.

SKIP THIS AD ×