berita

Adakah Ini Bukti Michael Jackson Sebenarnya Tak Buat Pembedahan Plastik Untuk Jadi ‘Orang Putih’?

January 17th, 2017 | by Ash Nordin | 3 comments
104.1K
reads
11.8K
shares
Hollywood

2

Satu dunia mesti kenal dengan lagenda pop antarabangsa, Michael Jackson. MJ telah meninggal dunia pada Jun 2009. Pada sesiapa yang mengikuti karier seni MJ dari mula, MJ adalah penyanyi kulit hitam dan setelah beberapa tahun dalam dunia nyanyian, kulitnya bertukar jadi putih melepak.

Ada yang mengatakan bahawa MJ melakukan pembedahan plastik untuk menjadi ‘orang putih’. Tapi MJ sendiri menolak sekeras-kerasnya dakwaan itu kerana akui dia adalah seorang ‘Black American’ dan dia bangga dengan bangsanya sendiri. Tapi apa yang menyebakan kulitnya berubah. Mungkin ini akan merungkai segalanya..

Alami penyakit Vitiligo

Screen Shot 2017-01-17 at 1.26.40 AM

(Sekadar gambar hiasan)

Screen Shot 2017-01-16 at 3.51.36 PM

Penerangan di atas ni agak saintifik dan terperinci. Tapi kami akan terangkan secara ringkas, selepas kematian MJ hasil bedah siasat menunjukkan bahawa MJ mempunyai penyakit kulit atau dalam bahasa saintifiknya Vitiligo. Untuk pengetahuan anda Vitiligo ni adalah keadaan kulit jangka panjang termasuk tompok kulit yang hilang pada pigmen kulit tersebut.

Kesan tompok kulit terjejas akan menjadi putih dan biasanya mempunyai kadar yang banyak. Rambut daripada kulit mungkin akan menjadi putih, di dalam mulut dan juga mungkin kena. Biasanya kedua-dua bahaian badan akan terjejas. Selalunya bekas tompok akan bermula pada kawasan kulit yang terdedah pada matahari. Kebanyakan kes berlaku pada mereka yang mempunyai kulit gelap. Vitiligo boleh menyebabkan tekanan psikologi.

Screen Shot 2017-01-16 at 3.51.26 PM

Pakai make up ketika buat persembahan, ramai yang tak tahu

Screen Shot 2017-01-16 at 3.52.06 PM

Imej di atas adalah high-pigment makeup khas untuk lindungi kesan terbakar, parut dan kulit berdarah. Kebanyakan pesakit vitiligo akan menggunakan produk tersebut. Tetapi proses untuk memakai produk tersebut agak leceh kerana ia susah untuk mendapatkan kulit yang natural dan anda sendiri harus menyediakan warna-warna lain untuk dipakaikan ke bulu kening, bahagian bibir dan eye shadow.

Screen Shot 2017-01-16 at 3.51.15 PM

Pada konsert tour Triumph (1981), makeup yang dipakai oleh MJ luntur dan anda boleh lihat dipegmentasi yang berlaku pada kulitnya. Sebenarnya terlalu banyak mak eup yang dipakai MJ untuk melindungi penyakitnya itu.

Selepas sesi temu ramah bersama Oprah (1993), orang bertanya ‘Mengapa MJ tidak mengenakan makeup yang gelap untuk menutup penyakit vitiligo tu?’ Sebenarnya, MJ telah menggunakan make up dalam masa yang lama. Anda boleh lihat kesan makeup di imej bawah ni.

Screen Shot 2017-01-16 at 3.52.14 PM

‘Dia cuba sembunyikan dari saya’- Juru make up dan rakan MJ

Screen Shot 2017-01-16 at 3.52.33 PM

Menurut rakan dan juru makeup MJ;

Dia (MJ) cuba sembunyikan penyakitnya dari saya dalam masa yang agak lama. Dia akan selalu akan lindungi kulitnya dengan makeup walaupun tona kulitnya akan terdedah dengan banyak. Kami cuba untuk lindungi perkara ini dari pengetahuan orang ramai dan peminat MJ dalam masa yang lama sehingga lah MJ terpaksa memberitahu Oprah  (Pengacara TV Show) dan seluruh dunia bahawa dia mempunyai penyakit kulit.

Sumber: Twitter

3 Comments

  1. Momi says:

    Abih tu,hidung tajam,muka runcing tu takkan sbb penyakit gak?. Kalaulah dia masih kekalkn rupa dia cam abg dia sapa tu Jermaine Jackson ke sapa tu,

    • Thomas Herzog says:

      Hidung dia patah sebab jatuh masa persediaan utk Victory Concert. Situlah asalnya dia buat pembedahan hidung sbb tulang hidung dia dah patah.

  2. Chibi Maruko Chan & Tamain says:

    Dah meninggal dah pun….Ata…lantok nya la.