berita

Adik Dikutuk Perangai Buruk Kerana Hisap Vape, Ini Respon ‘Win’ Emma Maembong

February 17th, 2018 | by Arini Saleh
Lensa Insta

Pelakon terkenal Emma Maembong diakui memiliki hubungan kekeluargaan dan persaudaraan yang akrab dengan adik beradiknya yang lain. Mempunyai 7 adik beradik perempuan, tidak hairanlah mereka sekeluarga memang sangat happening dan sporting. Walaupun sibuk bekerja, itu tidak membataskan ruang waktu mereka bersama.

Terbaru, Emma di Instagram memuat naik video prank Chacha ketika dia keluar bersama kekasih. Sampai pecah vape Chacha! Nakal betul Emma ini ye!

Bagus dia dah tak payah nak vape lagi – Emma

Emma Maembong bersama seorang lagi adik perempuannya membuat ‘prank’ dengan menyergah Chacha Maembong ketika dia keluar bersama kekasih. Mereka berdua pada awalnya menyorok kemudian menyerbu Chacha menyebabkan vapenya terpelanting dan pecah. Dalam video tersebut Emma berkata ‘bagus juga vape pecah, selepas ini Chacha tidak perlu vape lagi.’

Di ruangan komen ada segelintir yang tidak suka dengan mengatakan Chacha berperangai buruk. ‘Cha isap vape. Buruknya perangai’. Namun kritikan tersebut mendapat kecaman daripada peminat Emma yang lain pula.

‘Buruknya perangai’

Respon Emma Maembong

Sumber : Instagram Emma Maeombong

Most Read Today