berita

Afgan & Ungu Buat Peminat ‘Menggila’ Di Stadium Malawati. Memang Mantap Ahh!!

October 10th, 2017 | by Azyan
Kini Trending

Berlangsung pada 6 Oktober 2017 di Stadium Malawati, Shah Alam, Konsert Terunggul yang menampilkan Afgan dan  Ungu berjaya membuktikan bahawa mereka masih lagi unggul dan digemari oleh peminat-peminat di Malaysia.

Ungu yang beraksi sebagai pembuka tirai berjaya memberikan kepuasan maksimum kepada peminat dengan menyampaikan 10 buah lagu hits mereka! Layan habis beb!

Pasha Ungu ni lawak rupanya!

Sumber Foto: Osman Adnan (NSTP)

Para penonton yang hadir juga tak kering gusi! Pasha Ungu ni kelakar rupanya! Lepas satu lagu dia buat lawak, lepas satu lagu dia buat lawak, eh seronok kita!

Selain itu, penonton yang hadir juga dikejutkan dengan pemberian pas Meet & Greet Afgan dan Ungu sebanyak 20 keping! Lagi lah semua tak senang duduk haritu. Semua terus focus nak jawab soalan!

Kalau time Ungu stadium tu riuh, kemunculan Afgan menaikkan suasana yang tenang je kat stadium tu. Senyuman manis Afgan berjaya menambat hati penonton. Lagu-lagu yang dibawakan juga menghiburkan.

Sumber Foto: Osman Adnan (NSTP)

Gabungan pop/balada’ dan ‘rock/balada menjadi!

Sumber Foto: Afiq Razali, Mohammad Jazlan Nangar (Sinar Harian)

Gabungan dua artis ini memang ngam betul! Kolaborasi yang perfect sekali; riuh, menjerit, menari digabungkan dengan lagu yang menenangkan dan relaks je. Walaupun Pasha kitakan kurang sihat dan Afgan pula baru sahaja pulang dari Korea, tapi mereka memang kasi yang terbaik malam tu! Fuhh, memang highlight of the week lah!

Terima kasih daun keladi Popcorn Studio kerana menyampaikan hasrat peminat-peminat  untuk melihat penyanyi kesukaan mereka. Bukan satu tapi dua artis sekaligus dibawakan oleh mereka! One bucket list checked!

 

SKIP THIS AD ×