berita

Afiq Muiz Dakwa Dihalau Ibu Sendiri

May 15th, 2013 | by Ai
Isu & Kontroversi

Ibu-Dakwa-Afiq-Muiz-Kini-Bersikap-Seperti-Anak-Derhaka-ROTIKAYA1

Jika sebelum ini kita digemparkan dengan kenyataan ibu Afiq Muiz yang mendakwa anaknya itu telah menderhaka dan membuang keluarganya gara-gara semakin lupa diri.

Kini giliran Afiq pula tampil ke hadapan dan menafikan tuduhan yang dilemparkan kepadanya.

Melalui satu sidang media yang diadakan di Subang Parade semalam, Afiq dan teman rapatnya, Eina Azman menjelaskan perkara sebenar.

Saya tak pernah buang keluarga saya. Ibu saya yang halau saya dari rumah, maki hamun saya, cakap saya anak derhaka dan anak yang tak guna. Ibu saya tak pernah sayang saya dan saya tak tahu apa motif ibu berbuat demikian.

Perkara ini terjadi apabila saya berkawan rapat dengan Eina Azman. Keluarga saya tak sukakan Eina dan selalu tuduh Eina macam-macam. Saya selalu nasihat adik saya yang menghina Eina. Melaui Twitter, adik saya mengatakan yang Eina berwajah buruk, kaki kikis, tak sepadan dengan saya, dan macam-macam lagi. Saya malu dengan adik saya sendiri sebab dia biadap. Apabila perkara ini terjadi, saya dihalau keluar dari rumah.

Saya kerja siang malam, ibu tak pernah tanya khabar. Dia hanya bertanya mengenai duit saya sahaja. Kalau saya tak bagi, saya kena pukul dengan abang saya. Ibu buruk-burukkan saya sehingga abang saya pernah mengamuk dan pijak kepala saya sampai saya tak boleh bangun enam jam.

Gambar mesra Eina Azman dan Afiq Muiz  2

Gambar mesra Eina Azman dan Afiq Muiz

Di sidang media itu juga, Eina ada menunjukkan kiriman SMS yang dihantar olehnya kepada ibu Afiq sendiri. SMS itu berbunyi begini:

Salam..maaf mengganggu..saya cuma nak bagitahu kalau puan berani keluarkan apa-apa statement yang melibatkan nama saya, saya tak teragak-agak ambil tindakan undang-undang. Ingat la kita di Malaysia ni ada undang-undang ya.

Mengenai tuduhan ibunya yang mengatakan dia membelanjakan RM30,000 untuk keperluan Eina, Afiq menjelaskan yang wang itu adalah untuk membeli barang-barang keperluan rumah sewanya seperti televisyen dan perabot.

Saya bukan cerita semua ini untuk memburukkan ibu saya. Tapi saya tak faham kenapa ibu saya boleh cerita masalah keluarga kai pada orang lain? Apa salah Eina sampai kena tuduh sebegitu rupa? Apa salah saya sampai kena halau? Tergamak ibu kata tempat saya adalah neraka jahanam. Saya mahukan kasih sayang, kalau ibu sayang saya, ibu takkan burukkan saya. Saya tak mahu sebut apa saya dah berikan pada keluarga, sebab nanti oranag cakap saya mengungkit pula.

umi

Ibu Afiq Muiz, Hasliza Mohd

Menyentuh soal hubungannya dengan Eina pula, Afiq mengaku yang mereka berkawan rapat tetapi bukanlah sampai ke tahap bercinta. Afiq juga menyatakan yang dia kini baru sahaja mengikat kontrak menjadi artis residen dibawah produksi Global Station. Nampaknya kenyataan Afiq itu dapat menangkis khabar angin yang mengatakan dia diuruskan oleh ibu Eina Azman.

Tak tahulah apa sebenarnya yang terjadi antara Afiq dan keluarganya tapi kami berharap perkara ini dapat diselesaikan secepat mungkin.

Sebaiknya kedua-dua belah pihak jagalah mulut masing-masing kerana takut terkeluar kenyataan yang boleh mengecilkan hati. Apapun, kami percaya perkara ini boleh diselesaikan. Bak kata pepatah, air dicincang takkan terputus. Bawa-bawalah berbincang.

Sumber: Gua.com.my

SKIP THIS AD ×