berita

Aik, Dah Kenapa KJ Pakai Stokin Tak Matching? Rupa-rupanya…

March 21st, 2018 | by faris
Kini Trending

Khairy Jamaluddin Abu Bakar boleh dikatakan satu-satunya menteri yang berjiwa muda dan sentiasa tampil stylo dan bergaya ke mana sahaja dia melangkah. Diberi jolokan ‘abah’ dan ‘tall, dark and handsome’, apa juga yang tindak-tanduk Ahli Parlimen Rembau ini sentiasa mendapat perhatian netizen.

Beberapa jam lepas Khairy atau KJ memuat naik satu foto menunjukkan dia memakai stokin yang tidak sepadan. Dah kenapa pula tu, YB?

Lambat ke Kabinet? OOTD terbaru?

Sebelum ini, KJ turut dirakam memakai stokin berwarna-warni dan memberi ‘statement’ pada keseluruhan gaya kepada hot daddy ini. Namun, tidak pernah pula dia memakai stokin yang tidak matching sehingga amat kontra warnanya sebelum ini.

Dimuat naik di Instagram, foto KJ memakai stoking kuning corak merah di sebelah kanan manakala berbelang biru kelabu menimbulkan tanda tanya jika dia tersalah pakai stokin berkenaan.

Saya suka stokin berwarna terang, tetapi hari ini ia tidak sepadan. Adakah kerana saya tergesa-gesa menghadiri mesyuarat Kabinet sehingga tidak dapat cari sepasang yang sepadan?

 Adakah ini OOTD (Outfit Of The Day) terbaru?

Ini sebab sebenarnya…

Menafikan usikan netizen yang menyangka dia tersalah pakai stokin, KJ ternyata ada alasan tersendiri mengapa dia memilih sendiri menyarung stokin sedemikian.

Stokin saya hari ini adalah bagi bersempena dengan Hari Sindrom Down Sedunia. Hari ini disambut bagi mengingatkan kita bahawa manusia boleh jadi berbeza dalam masa sama kekal menarik dengan seadanya.

Hari ini adalah tribute kepada anak saudara saya, Aisha yang ada Sindrom Down. Namun perkara itu tidak pernah menghalangnya untuk mencapai mimpi. Dia bijak, cantik, kelakar, aktif dan sangat yakin memberi ucapan kepada khalayak berkenaan isu pendidikan untuk semua kanak-kanak.

Turut dedikasi untuk Kak Hana

Tambah KJ lagi, selain untuk anak saudaranya itu, hari ini juga adalah hari yang didedikasikan untuk ibu Aisha yang telah banyak berkorban membesarkan anak seorang diri.

Hari ini juga satu penghormatan untuk ibu Aisha, Kak Hana. Dia membesarkan Aisha sebagai ibu tunggal. Saya masih ingat bila bertanyakan Kak Hana sekiranya dia mempunyai kuasa mengubah apa saja, adakah dia mahu mengubah Aisha supaya tidak memiliki Sindrom Down?

Katanya, ‘Mana mungkin saya akan ubah apa-apa. Jika saya buat, dia bukan lagi Aisha yang saya sayang sekarang.

Sumber: Khairykj

The following two tabs change content below.

SKIP THIS AD ×