berita

‘Akal Kat Mana? Nafsu Kat Mana?’ – Hafiz Hamidun Sound Fathia Latiff Isu Iqram Dinzly

January 18th, 2018 | by faris
Isu & Kontroversi

Beberapa hari lepas pelakon sensasi Fathia Latiff telah meninggalkan komen berbentuk provokasi di siaran live Iqram Dinzly. Fathia ‘menyarankan’ kepada Iqram supaya membunuh diri sahaja. Tidak dapat dipastikan sama ada Fathia bergurau atau serius melalui komen itu.

Artikel berkaitan: ‘Alang-Alang, Pergi Bunuh Diri’ – Fathia Latiff Komen Di Insta Live Iqram Dinzly?

Kalau bergurau pun, ramai berpendapat ianya agak keterlaluan. Apatah lagi tahap kesihatan Iqram tidak diketahui setakat mana. Perlakuan pelik pelakon Dunia Baru itu dikaitkan dengan depresi dialaminya. Hafiz Hamidun semalam memberi komen atas ‘gurauan’ Fathia itu di Twitternya.

Memang tak lawak dan tak guna pemikiran

Hafiz di akaun media sosialnya itu meluahkan kekecewaannya terhadap tindakan Fathia itu. Menurutnya tindakan mengambil nyawa sendiri itu haram dan menyuruh orang berbuat demikian walaupun bergurau sebenarnya bukanlah sesuatu yang kelakar.

Dia juga memberi persoalan bagaimana jika Iqram benar-benar mendengar ‘nasihat’ itu dan membunuh diri? Adakah Fathia akan puas dan berbahagia?

Buat perkara yang tarik perhatian tak sepatutnya

Netizen nyata bersetuju dengan Hafiz. Miznoraini mengatakan Fathia sengaja menarik perhatian pengguna laman sosial kerana tiada tawaran lakonan. Biarpun akaun media sosial masing-masing, selebriti haruslah tweet pos-pos berfaedah, katanya.

Selalu cakap bunuh diri, orang tu takkan teragak-agak

Bercakap bergurau please tengok keadaan

Ada juga berpendapat komen Fathia itu bukanlah boleh dibawa bergurau. Untuk mereka yang mempunyai masalah jiwa, risiko yang akan ditanggung jika mereka membuat apa yang dikatakan sudah tentu tinggi. Gurauan juga perlu difikirkan impaknya kepada orang yang diguraukan.

Sumber: Hafiz Hamidun

The following two tabs change content below.

SKIP THIS AD ×