berita

Akhirnya Disahkan! 5 Kronologi Penemuan Serpihan MH370 Yang Menyayatkan Hati Keluarga Mangsa

August 6th, 2015 | by Ash Nordin
Kini Trending

sedih

Pada 8 Mac tahun lepas rakyat Malaysia telah dikejutkan dengan kehilangan pesawat MAS MH370 yang sehingga ke hari ni masih jadi tanda tanya seluruh dunia di manakah sebenarnya pesawat tu berada sekarang. Macam-macam teori yang kami dengar dari mulut orang dan juga media sosial. Ada yang kata kena hijacked, ada pula yang kata pesawat terhempas ke dalam lautan india dan macam-macam lagi.

Setelah 515 hari kejadian ni berlaku, Perdana Menteri Malaysia telah mengadakan ‘press conference’ dan menyampaikan cerita yang menyedihkan untuk rakyat Malaysia bahawa serpihan-serpihan pesawat yang dijumpai baru-baru ini sah milik MH370. Adakah misteri kehilangan MH370 akhirnya terjawab?

1) Serpihan sepanjang 2 meter ditemui

peta

30 Julai 2015- Serpihan sepanjang 2 meter yang dikenali sebagai ‘flaperon’ atau sayap pesawat telah ditemui oleh penduduk tempatan ketika kerja pembersihan di persekitaran laut.. Dan paling mengejutkan sekali di serpihan tersebut tertera nombor kod ‘BB670’.

Seorang penduduk tempatan kemudiannya menghantar beberapa keping gambar serpihan itu kepada pakar bidang keselamatan penerbangan, Xavier Tytelman.

2) Jumpa objek diliputi pasir & mempunyai teritip di tepinya

Screen Shot 2015-08-06 at 11.12.06 AM

31 Julai 2015- Pekerja pantai di Saint-Andre, Pulau Reunion dikatakan telah menemui “objek yang pelik” terdampar di sana dan menurut mereka, objek itu diliputi pasir dan mempunyai tertip ditepinya.

Sejurus selepas penemuan itu, mereka ambil keputusan untuk menghubungi pihak polis kerana sebelum ini salah seorang sahabat mereka pernah terbaca tentang insiden kehilangan pesawat MH370.- AFP

Screen Shot 2015-08-06 at 11.18.55 AM

1 Ogos 2015- Serpihan pesawat yang dijumpai tiba di Paris awal pagi Sabtu lalu untuk tujuan penyiasatan dan seterusnya dihantar ke sebuah makmal yang terletak di bandar Toulouse, Perancis.

Menurut agensi berita AFP, serpihan pesawat yang ditemu itu kepunyaan pesawat Boeing 777 dan ini kerana nombor yang tertera di objek berkenaan.

3) Pernah temui kerusi berwarna biru

Screen Shot 2015-08-06 at 11.27.05 AM

2 Ogos 2015- Seorang pembersih pantai di Pulau Reunion mengesahkan bahawa dia pernah menjumpai kerusi berawarna biru kira-kira tiga bulan yang lalu dan objek itu ditemui di lokasi yang berbeza dengan penemuan ‘flaperon’ itu.

Sebelum itu juga, dipercayai sebuah pesawat dilaporkan terdampar di kawasan pantai Pulau Reunion.

4) Serpihan terbaru adalah dari sebuah ‘tangga domestik’

Screen Shot 2015-08-06 at 11.32.31 AM

3 0gos 2015-Dalam temuramah dengan AFP pada Ahad lalu, Ketua Pengarah Jabatan Penerbangan Awam (DCA) Datuk Azharuddin Abdul Rahman mengatakan serpihan terbaru itu adalah daripada sebuah ‘tangga domestik’ dan bukannya pintu pesawat seperti yang dilaporkan beberapa media tempatan dan antarabangsa.

Selain itu, pasukan penyiasat Malaysia juga telah tiba di Parus pada Isnin yang lalu untuk berbincang dengan pegawai Perancis tentang perkembangan terkini mengenai penemuan serpihan yang dipercayai daripada pesawat MH370.

5) Sekali lagi kita terima berita sedih.. #prayforMH370

Screen Shot 2015-08-06 at 10.34.56 AM

6 Ogos 2015- Menurut Perdana Menteri Datuk Seri Najib di sidang media tergempar pagi tadi, serpihan yang ditemui di Pulau Reunion, Perancis Julai lalu sah milik pesawat MH370. Berita ini pastinya mengundang kesedihan pada rakyat Malaysia dan keluarga mangsa yang hilang bersama pesawat MH370.

Hari ini selepas 515 hari sejak kehilangan pesawat tersebut, adalah dengan berat hati saya memaklumkan bahawa pakar siasatan antarabangsa mengesahkan serpihan itu sah bahagian daripada MH370.

Kami mempunyai bukti fizikal bahawa, seperti yang saya umumkan pada Mac 24 tahun lalu, MH370 berakhir di selatan Lautan Hindi.

Bagi pihak Malaysia, saya ingin mengucapkan terima kasih kepada negara-negara, organisasi dan individu yang telah mengambil bahagian dalam carian ini.

Di kesempatan ini kami ingin mengucapkan takziah kepada keluarga mangsa yang terlibat dalam tragedi menyayat hati ini. Harap satu hari nanti kita akan dapat keadilan dan kebenaran. Al-Fatihah #prayforMH370

Sumber: Astro Awani, The Rakyat Post

The following two tabs change content below.

SKIP THIS AD ×