berita

‘Akhirnya Kau Pergi Jua.. Tunggu Aku Di Pintu Syurga’

July 16th, 2018 | by Arini Saleh
Kini Trending

Kira-kira dua bulan lalu, viral di laman sosial gambar photoshoot sekeluarga sempena ulang tahun perkahwinan yang ke-10 tahun. Si isteri memuatnaik momen indah itu disusuli ucapan yang sangat meruntun jiwa.

Minggu lalu, suami mengesahkan isterinya yang merupakan seorang pesakit kanser tahap 4 itu telah menghembuskan nafas terakhir setelah sekian lama menanggung sakit. Alfatihah.

Ucapan ulang tahun perkahwinan dari arwah

Mei lalu, arwah ada memuat naik ucapan dan gambar photoshoot sempena ulangtahun perkahwinan yang ke 10 tahun. Ucapan sedih tersebut menjadi viral sehingga mendapat lebih 4k perkongsian. Kini, ucapan hiba dari suami pula membuatkan netizen bergenang.

Akhirnya kau pergi jua

Assalamualaikum..

Akhirnya kau pergi jua……..
Terima kasih pada semua yg telah mendoakan arwah isteri saya. Sesungguhnya saya amat berpuas hati dapat menabur bakti saya terhadap arwah isteri.. 1 tahun 6 bulan arwah menderita kanser.1 tahun 6 bulan juga saya bejuang utk dirimu..alhamdullilah dpt kami lalui bersama tanpa rasa gentar… Semoga arwah isteri ditempatkan dikalangan syuhada. Senyuman terakhir itu tidak akan saya lupakan sehingga akhir hayat saya.. Semoga saya dpt bersatu kembali bersama arwah isteri saya..Sesungguhnya aku terlalu menyayangi dirimu.

Tunggu saya di pintu syurga yang

Terima kasih pada mak ayah.mak mertua dan pak mertua. adik beradik. ipar duai. sepupu2 dan makcik2 yg tidak putus2 datang ke rumah dan membantu meringankan bebanan yg saya tanggung.

Terima kasih jugak pada kawan2 isteri dan kawan2 saya yang tidak jemu dtg melawat dan memberi kata kata semangat agar sy kuat menghadapi hari mendatang..terima kasih pada ribuan org yg hadir melawat isteri saya

Segala kenangan akan ku semat di dalam diriku.. Insyallah selagi hayat dikandung badan saya akan menjaga sebaik mungkin anak2 kita yang. Tunggu saya dipintu syurga yang…

Aku redha akan takdir ini

Pergimu dengan senyuman dan ditemaniku dan anak2 serta ahli kluarga. dipermudahkan segalanya dan diiringi hujan renyai2 selepas selesai.. Alhamdulillah aku amat berpuas hati dapat berbakti padamu sehingga akhir hayat mu.. Semoga mendapat husnul khotimah..aku redha akan takdir ini.. Kehidupan perlu diteruskan. Pejuanganmu telah selesai..pejuangan ku masih belum selesai..

#AlwaysBeWithU
#TheBestCancerFigther
#PerjuanganKuBelumSelesai.
#TungguAkuDiPintuSyurga.
#WanitaTeristimewaDuniadanAkhiratku
#BidadariSyurgaku
#MyOnlySyuhadah
#SehinggaMenutupMataku
#Redha

Sumber : Carlose Azizol

The following two tabs change content below.

SKIP THIS AD ×