berita

Aktres Janda Anak Tiga Ditangkap Khalwat

December 14th, 2014 | by Noraniza
Isu & Kontroversi

WANITA

Panaasss!! Menerusi laporan Harian Metro sebentar tadi, seorang pelakon wanita berstatus janda anak tiga telah dicekup oleh sepasukan anggota penguatkuasa selepas dipercayai berkhalwat bersama pasangannya di sebuah kondomiminium di Ukay Perdana awal pagi tadi.

Laporan tersebut turut menyebut bahawa tangkapan tersebut dilakukan dalam satu siri serbuan Bahagian Penguatkuasaan Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) pada 3.23 pagi ini kediaman pelakon itu berdasarkan maklumat orang awam.

Pasangan tersebut ditahan selepas gagal menunjukkan sebarang dokumen menunjukkan mereka mempunyai sebarang ikatan mahram.

Pelakon berusia 33 tahun itu dilaporkan pernah membintangi beberapa filem tetapi cukup sinonim dengan filem seram dan watak hantu serta membintangi sebuah filem yang berjaya meraih kutipan pecah panggung sebanyak RM8 juta dan menerima pengiktirafan dalam Malaysia Book of Records (MBOR) pada 2011.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Ampang Asisten Komisioner Khairuldin Saad mengesahkan menerima laporan 3.44 pagi dan menyerahkan kes itu kepada JAIS untuk siasatan lanjut

The following two tabs change content below.

Noraniza

Senior Head Of Sponsored Content, Malay Division at Rev Asia Berhad
People will hate you, rate you, shake you and break you. But how strong you stand is what makes you! :)

SKIP THIS AD ×