berita

Aktres Korea, Yoo Chae Yeong Mati Akibat Kanser

July 24th, 2014 | by Ai
Kini Trending

Yoo-Chae-Yeong

Jika lihat keletah dan lakonannya yang bersahaja, pasti dapat menambah keseronokan dalam sesebuah filem atau drama yang dilakonkan.

Namun, selepas ini kita takkan dapat lihat lagi aksi Yoo Chae Yeong kerana pelakon yang popular dengan drama ‘Fashion King’ ini disahkan telah meninggal dunia pagi tadi.

Korang semua mesti terkejut kan? Menurut laporan portal Soompi, Chae Yeong meninggal dunia kerana barah perut yang dihidapi sejak Oktober tahun lalu.

2

Kalau nak tahu, Chae Yeong menghembuskan nafasnya yang terakhir di Seoul’s Severance Hospital disamping suami dan ahli keluarganya.

Sepanjang hayatnya, Chae Yeong yang merupakan ahli kumpulan K-Pop terkenal iaitu Cool telah berjaya membuat debut ketika umurnya baru mencecah 17 tahun.

Kemudian setelah keluar dari kumpulan tersebut, Chae Yeong bergerak sendiri dan mula aktif dalam dunia lakonan. Apapun, kami pasti pemergian Chae Yeong ini merupakan satu kehilangan besar industri perfileman di negara tersebut.

Kredit Foto : StarNews

SKIP THIS AD ×