berita

‘Aku Mahukan Mereka Memandikan, Mengkafankan Aku’- Kapsyen Instagram Aidid Marcello Ini Buat Netizen Takut Akan Kematian

December 12th, 2017 | by Ash Nordin
Lensa Insta

Setiap yang hidup pastinya akan mati. Amat takut sekali jika difikirkan hal ini kerana kita sebagai manusia, banyak kesilapan dan dosa yang kita telah lakukan. Bekas pengacara TV, Aidid Marcelo baru-baru ini telah melihat sendiri semua proses penguruzan jenazah dan menceritakan pengalamannya di akaun Instagram miliknya.

Jom baca dan amati apa yang dikatakan oleh Aidid ini. Ia pasti sedikit sebanyak akan memberi kita pengajaran, peringatan dan dapat menjadikan diri kita sebagai umat Islam yang lebih baik. InsyaAllah..

“Siapa & berapa ramaikah yang kisah untuk membantu uruskan jenazah aku ketika itu..”

Innalillahiwainnailaihirajiun. (Muhasabah utk diri sendiri)
Adakah kita sudah bersedia??? Semalam aku ambil kesempatan untuk melihat semua proses pengurusan jenazah (kecuali mandi), pada ketika itu, aku bayangkan itu aku. Apa yg aku ada ketika itu? Siapa yg aku ada ketika itu? Siapa dan berapa ramaikah yg kisah untuk membantu uruskan jenazah aku ketika itu. Aku terbayang anak2 lelaki aku sebagai hadiah Allah untuk aku besarkan dengan penuh tanggungjawab. Aku mahukan mereka yg memandikan aku, mengkafankan aku, menjadi imam ketika untuk solat terakhir kepadaku, membawa aku turun dengan penuh kasih sayang ke liang lahad sambil tak putus2 doa untuk ku.
Tapi paling sedih…(realitinya) dari apa yg aku dapat lihat secara kebiasannya, tidak lama orang akan ingat kepada kita setelah kita ditanam. 3 hari? (Sebab tahlil), seminggu? Sebulan mungkin masih bersedih? Sebab selepas itu, masing2 sudahpun menyambung kembali urusan duniawi yang merupakan pentas permainan sementara untuk kita. Kita yang didalam? Tak payah tunggu 5 min, 3 hari, seminggu… hanya 7 langkah org terakhir yg meninggalkan kubur kita, akan mulalah sesi soal jawab kita bersama Munkar & Nakir ?

Marilah kita sama2 persiapkan diri kita. Saya paling suka dengar bacaan Talkin. Apa kata jom kita baca dan faham sambil2 kita bersiap dengan soalan kubur yg PASTINYA akan ditanya.
AL-FATIHAH
Salam takziah kepada seluruh ahli keluarga arwah.

Netizen tersentuh

Sumber: Instagram Aidid Marcello

Save

The following two tabs change content below.

SKIP THIS AD ×