berita

Akui Sudah Putus Cinta, Nad Zainal Enggan Komen Diganggu Bekas Kekasih Di Lokasi

May 5th, 2014 | by Noraniza
Isu & Kontroversi

Screen Shot 2014-05-04 at 10.05.34 PM

Terdahulu, gosip mengenai pelakon comel, Nad Zainal yang dikatakan menjadi ‘penaja’ kepada Azwan Kombos pernah kecoh diperkatakan di dada-dada akhbar.

Menafikan dakwaan itu sekerasnya, pasangan tersebut seterusnya dilihat menghadiri kursus perkahwinan bersama-sama di sebuah masjid di Damansara baru-baru ini.

Artikel Berkaitan: Hadir Ke Kursus Perkahwinan, Nad Zainal & Azwan Kombos Akan Kahwin Tak Lama Lagi?

Bagaimanapun, menerusi program Melodi semalam, Nad mengatakan bahawa hubungan tersebut telah berakhir dan enggan memberi komen lanjut mengenai gosip yang mendakwa bahawa jejaka tersebut masih mengganggunya di lokasi.

Screen Shot 2014-05-04 at 10.07.10 PMNad Zainal akui hubungan cinta dengan Azwan Kombos sudah berakhir

“Saya rasa tiada benda lagi nak cakap. Everything is over. Hanya kami tahu kenapa, masyarakat tak perlu masuk campur. Saya tak rasa benda ni jadi beban pun kepada masyarakat. Benda dah habis dan semua orang pernah lalui benda yang sama.”

Ditanya mengenai kebenaran dakwaan bahawa bekas kekasihnya itu dikatakan menggangunya di lokasi, Nad mengatakan bahawa perkara itu adalah terlalu peribadi buatnya.

“Saya tak boleh komen hal itu. Bagi saya perkara itu terlalu personal. Saya harap ianya tidak diperbesarkan. Cuma lebih jelas lepas ini saya tidak mahu dikaitkan antara satu sama lain lagi.”

Menafikan bahawa wujud orang ketiga dalam perhubungan mereka, Nad juga enggan berkongsi mengenai punca sebenar yang membawa kepada keretakan percintaanya dengan jejaka kacak itu.

“Ada sebab masing-masing dan tak dapat nak teruskan hubungan. Cuma sebab munasabab itu tak boleh share. Privacy saya adalah hak saya. Jangan ada yang pertikaikan. Saya hormati anda dan anda hormati saya.”

Kredit foto: Instagram Nad Zainal & Azwan Kombos

The following two tabs change content below.

Noraniza

Senior Head Of Sponsored Content, Malay Division at Rev Asia Berhad
People will hate you, rate you, shake you and break you. But how strong you stand is what makes you! :)

SKIP THIS AD ×