berita

Alamak..Kereta Tiba-Tiba Breakdown! Jangan Panik..Cuba 7 Tips Ni Dulu..

June 25th, 2018 | by Nurul
Kini Trending

Kredit: nurmimy.blogspot.com

Kita ni kadang-kadang tahu bawak kereta je, tapi tak tahu apa pun pasal penjagaan kereta. Bila kereta tiba-tiba breakdown, memang panik habis lah! Tak kisahlah lelaki atau perempuan, mesti ada je yang blur bila tanya pasal kereta.

Ishh..jangan macam tu, bukan murah tau nak beli kereta, so, kenalah jaga elok-elok. Barulah boleh pakai lama. Haa..meh kitorang kongsikan apa yang korang boleh buat bila kereta korang breakdown. Takdelah korang menangis di bucu jalan kalau tiba-tiba kereta korang rosak.

Jom baca!

Nyalakan lampu ‘hazard’

Kalau korang perasan, ada satu butang bewarna merah atau bersimbol segi tiga di dashboard kereta korang. Bagi yang tak tahu, itu adalah butang lampu kecemasan atau hazard light. Bila kereta korang tiba-tiba perlahan atau breakdown, terus aktifkan lampu kecemasan ni sebagai cara memberitahu kepada pengguna jalan raya lain bahawa korang sedang dalam kecemasan.

Pakai jaket keselamatan dengan reflektor

Ada tak diantara korang yang simpan jaket keselamatan dengan reflektor dalam kereta? Kebanyakkannya mesti tak ada kan? Benda ni memang nampak macam tak penting, tapi sangat berguna kalau tiba-tiba kereta korang breakdown atau tayar pancit tengah malam.

Tambah-tambah pulak kalau hujan dan gelap. Bahaya kalau pengguna jalan raya lain tak nampak korang. Sebab tu penting untuk korang simpan jaket keselamatan reflektor ni. At least, kelibat korang boleh dilihat oleh orang lain. Kalau korang bernasib baik, ada orang yang akan berhenti untuk tolong korang.

Telefon seseorang dan bagitahu lokasi korang

Perkara ni yang paling penting sekali untuk korang buat bila kereta korang tiba-tiba breakdown. Cepat-cepat call orang yang terdekat dengan korang dan bagitau lokasi korang berada. Yelah, manalah tahu kereta korang tiba-tiba breakdown kat tempat yang gelap, sunyi dan tak ramai orang lalu lalang, korang seorang diri pulak tu. Bahaya betul!

Keluar ikut pintu kiri

Yang ini ramai yang terlepas pandang. Banyak kemalangan berlaku melibatkan penunggang motosikal disebabkan kecuaian pemandu yang terus membuka pintu kereta kanan tanpa peka dengan keadaan sekeliling. Jangan macam tu guys, kenalah timbang rasa dan hati-hati sikit.

Haa..jadi, jangan keluar ikut kanan tau, sebab laluan kanan ni juga terdedah kepada risiko dilanggar dari belakang. Manalah tahu korang panik kereta rosak, terus je keluar dari pintu kanan. Kan dah jadi masalah lain pulak!

Tolak kereta ke tepi jalan kalau mampu

Seeloknya, lepas je kereta korang breakdown, turun dan cuba tolak kereta korang ke tepi jalan. Tolak dengan bahu kiri sambil tangan mengawal stereng kereta korang. Tapi, kalau korang tak mampu, cepat-cepat hidupkan lampu hazard dan lambai untuk mintak tolong dekat orang ramai. Mesti akan ada orang yang akan tolong korang punya. Rakyat Malaysia kan ramai yang baik hati!

Pasang pemantul segi tiga pada jarak 20-30 meter dari kereta korang

Haa..pernah tak korang bukak but kereta dan check barang-barang keselamatan ni? Mesti ada yang tak pernah check dan tak tahu pun apa benda pemantul segi tiga ni. Kalau korang nak tahu, pemantul segi tiga ni penting kalau kereta korang tiba-tiba rosak kat tepi atau tengah jalan. Nak-nak kalau waktu malam sebab fungsinya yang boleh pantulkan cahaya.

Pasangkan pada jarak 20-30 meter dari jarak kereta korang, ataupun bersamaan jarak 5 buah kereta. Bila pasang pemantul segi tiga ni, takdelah kereta lain boleh langgar kereta korang dari belakang.

Duduk dalam kereta dan tunggu sampai bantuan tiba


Yang ini paling penting, tak kiralah untuk lelaki atau perempuan. Kalau kereta korang rosak kat tempat yang tak selamat macam kawasan pedalaman, gelap, hutan atau yang kurang pengguna jalan raya lain, baik korang duduk je dalam kereta diam-diam.  Jangan lupa kunci pintu dan call orang yang terdekat atau talian kecemasan.

Elak kerosakan kereta dengan menggunakan PETRONAS Syntium!

Untuk memastikan kereta korang tidak mudah rosak atau meragam, korang kenalah pastikan kereta korang dihantar ke pusat servis dan yang paling penting, korang mestilah menggunakan minyak hitam yang berkualiti seperti PETRONAS Syntium.

Minyak hitam ni penting untuk melancarkan pergerakan enjin kereta. Nak lagi bagus, gunalah minyak pelincir PETRONAS Syntium! Fungsinya yang mampu melindungi kereta korang dari suhu panas melampau, sangat sesuai digunakan, lebih-lebih lagi di musim perayaan ini!

PETRONAS memanfaatkan pembabitan dalam Formula 1, bukan sahaja untuk membangunkan minyak pelincir baharu untuk pengguna, malah merangkumi bahan bakar. Kerjasama yang baik antara PETRONAS dan Mercedes penting untuk mengekalkan kejuaraan pasukan tersebut sebagai pemain no. 1, Formula 1. Inilah rahsia team Mercedes berjaya menjadi juara Formula 1 buat beberapa kali!

Kalau korang pun nak kualiti pemanduan di jalan raya setanding dengan pemandu Formula 1, PETRONAS Syntium lah jawapannya!

Jom kitorang belanja korang satu TVC yang pasti membuatkan korang ingin mendapatkan perlindungan yang sama untuk kereta korang. Untuk maklumat lanjut, layari PETRONAS. 

 

SKIP THIS AD ×