berita

‘Alhamdulillah, Anugerah Terindah’ – Noornabila Luah Rasa Gembira Berbadan Dua

February 16th, 2018 | by Amat
Lensa Insta

Semalam, isteri kepada pelakon Sharnaaz Ahmad berkongsi berita gembira buat suami tercinta dan peminat di laman Instagram miliknya. Dengan kapsyen bersyukur dan berterima kasih kepada Allah SWT atas kurniaan yang dinanti selama ini.

Kakak kepada aktres Neelofa ini turut berkongsi foto ultrasound bayi yang dikandung buat tatapan keluarga dan peminat. Malah, peminat turut mendoakan yang terbaik buat pasangan Sharnaaz Ahmad dan Noornabila ini.

Syukur…

Nabila sempat memuat naik gambar foto ultrasound bayi di Instagram dengan kapsyen “Alhamdulillah berkat doa semua kami dihadiahkan rezeki dan hadiah terindah daripada Allah SWT

Doakan bayi kami

Tambahnya lagi, “Doakan segala urusan kami dipermudahkan dan doakan baby sihat sempurna . Inshaallah. Amin” dengan #somethingsweetisbaking.

Dihujani ucapan

Kakak kepada aktres Neelofa berkongsi khabar baik ini buat pengikutnya dan peminat yang tidak jemu mendoakan kebahagiaan mereka. Malah, foto tersebut turut dihujani ucapan tahniah dari peminat dan mereka mendoakan kandungan baik-baik saja.

Team Oh Bulan juga mengambil kesempatan ini mengucapkan tahniah dan mendoakan segala urusan dipermudahkanNya.

Credit: Instagram NoorNabila

The following two tabs change content below.

Amat

@ammatlarbsib bukan nama sebenar

Most Read Today