berita

Alhamdulillah, Cikgu Azizan Bebas, Netizen Mahu Hantar Bekalan Gam Kepada Murid

December 19th, 2017 | by faris
Isu & Kontroversi

Beberapa hari lepas viral di media sosial apabila seorang guru, Cikgu Azizan Manap didakwa oleh ibu bapa muridnya kerana atas tuduhan mencederakan muridnya. Murid itu dikatakan ditampar oleh guru berkenaan selepas didapati menghisap gam, membuli murid lain dan bergaduh.

Netizen bersatu hati menyokong tindakan Cikgu Azizan dan mengkritik tindakan ibu bapa murid berkenaan. Rata-rata menghentam ibu bapa berkenaan yang seperti membela kelakuan buruk anak mereka.

Alhamdulillah, Cikgu Azizan tak salah

Harian Metro melaporkan Mahkamah Seremban melepas dan membebaskan Cikgu Azizan daripada pertuduhan mencederakan anak muridnya pada Oktober lalu. Beliau hadir di mahkamah 8.30 pagi, bagi menghadapi perbicaraan pertama atas dakwaan mendatangkan kecederaan terhadap seorang muridnya.

 Reaksi netizen

Anak hisap gam nak bela pula

Nak jumpa mak bapak bagi sumbangan gam

Ibu bapa buka aib anak dan keluarga sendiri

Saman nak beli stok gam ke?

Rakaman Live Sekitar Perbicaraan

Sumber: Harian Metro

The following two tabs change content below.

SKIP THIS AD ×