berita

‘Alhamdulillah.. Syukur Kepada Allah Yang Telah Berikan Jalan Cerita Dalam Hidup Saya’ – Farid Kamil

January 16th, 2018 | by Arini Saleh
Isu & Kontroversi

Sebentar tadi, pelakon dan pengarah Datuk Farid Kamil akhirnya dibebaskan dengan ikat jamin RM12,000 setelah beberapa hari ditahan reman. Pelakon itu diiringi adik beradiknya, Fadzil Zahari dan Dr Anis Anwar kelihatan tenang dan tersenyum menjawab pertanyaan wartawan.

Menerusi siaran lansung di Facebook, Berita Harian mendapatkan respon daripada Farid Kamil sendiri dan ini jawapannya.

‘Alhamdulilah syukur kepada Allah’

Sejurus keluar daripada perkarangan Mahkamah Majistret Petaling Jaya, Farid Kamil dilihat diserbu para wartawan namun beliau hanya memilih untuk senyum dan menjawab pertanyaan dengan tenang. Farid menganggap ujian ini memberi warna dalam kehidupannya.

Alhamdulillah.. syukur kepada Allah yang telah berikan jalan cerita dalam hidup saya.

Semakin lama, semakin menarik perjalanan hidup yang diatur oleh-Nya untuk saya.

Menurut laporan Berita Harian lagi, Farid menyatakan kerinduan kepada kedua-dua anaknya Muhammad dan Aurora. Apabila ditanya apakah perkara pertama yang ingin dilakukan, Farid menjawab ini.

Saya mahu berjumpa anak-anak. Saya rindukan mereka.

Dapat dilihat Farid dibawa pulang menaiki kenderaan ahli keluarganya.

Sumber : Berita Harian

The following two tabs change content below.

SKIP THIS AD ×