berita

‘Alif Insan Terpilih’- Lebih 1 Juta Tontonan, Video Alif Satar Usung Jenazah Di Tanah Suci Buat Netizen Menangis

December 2nd, 2017 | by Ash Nordin | 0 comments
87.3K
reads
39.3K
shares
Lensa Insta

Rasa seronok bila lihat rakan dan ahli keluarga dapat menunaikan ibadah haji atau umrah di Mekah. Mekah merupakan destinasi impian pada setiap orang Muslim dalam dunia. Selepas Fattah Amin dan Fazura menunaikan umrah, kini giliran pelakon serta penyanyi terkenal Alif Satar berpeluang untuk ke Mekah.

Ketika berada di sana, Alif berkongsi video di Instagram dimana dia bersama individu lain mengangkat jenazah. Menurut orang ramai yang pernah ke Mekah, tidak semua orang berpeluang untuk mengangkat jenazah di sana. Ramai juga yang tersentuh bila lihat video yang dikongsikan Alif ini.

Buat ramai sebak

Video diatas telah dimuat naik oleh Alif pada 3 hari lepas dimana Alif bersama pengunjung Mekah yang lain bersama-sama mengusung jenazah. Perkongsian Alif dipuji netizen dan membuatkan ramai sebak.

Niat hanya ingin berkongsi, beri manafaat kepada orang ramai

Walaubagaimanapun, perkongsian video dari Alif turut membuatkan beberapa pihak kurang senang. Namun begitu, kami pasti Alif ikhlas membuat sedemikian dan video yang dimuat naik hanyalah untuk memberitahu nikmat serta manafaat untuk orang ramai.

Sumber: Instagram Alif Satar

Save

Save

Most read today

Recommended for you