berita

Ambil Keberkatan Bulan Rejab, Misha Omar & Firoz Nikah 2 Mei

April 7th, 2014 | by Noraniza
Isu & Kontroversi

Screen Shot 2014-04-07 at 2.29.19 PM

Kalau sudah jodoh tak kemana. Walaupun penyanyi bersuara lantang ini pernah dihambat kontroversi yang mendakwa bahawa dia berstatus janda, hubungannya dengan Firoz Ezzwan Rossly dilihat langsung tidak tergugat.

Malah, kurang daripada tempoh sebulan lagi, Misha Omar bakal bergelar isteri kepada pilihan hatinya yang juga seorang juruterbang Malaysia Airlines (MAS) itu.

Menerusi laporan Utusan Malaysia, penyanyi ini memaklumkan bahawa selain untuk memenuhi permintaan ibunya, tarikh 2 Mei dipilih kerana dia dan pasangannya mahu mengambil keberkatan bulan Rejab.

Screen Shot 2014-04-07 at 2.33.40 PM

Kad jemputan perkahwinan Misha Omar pada 2 Mei ini

Sudah mula mengedarkan kad jemputan, Misha turut memberitahu bahawa dua buah majlis akan diadakan bertempat di Hotel Renaissance, Kota Bharu.

Menurutnya lagi, majlis pernikahan akan berlangsung di sebelah pagi manakala majlis resepsi pula bakal diadakan pada sebelah malam.

Pernah menunda perkahwinan pada 21 Februari lalu bagi menghormati kematian ayahnya, Misha berharap agar para peminat dapat mendoakan majlis yang dirancang akan berjalan dengan lancar.

The following two tabs change content below.

Noraniza

Senior Head Of Sponsored Content, Malay Division at Rev Asia Berhad
People will hate you, rate you, shake you and break you. But how strong you stand is what makes you! :)

SKIP THIS AD ×