berita

Ambil Pelakon Korea, Autumn Dihatiku Bakal Hit?

July 2nd, 2013 | by Ai
Kini Trending

Tonton-17

Drama bersiri online terbaru yang akan menemui penonton sikit masa lagi dijangka bakal mengutip jumlah tontonan yang tinggi kerana konsep K-Pop yang diketengahkan oleh produksi Greenlight Pictures Sdn Bhd.

Apa yang membezakan Autumn Dihatiku dengan drama suntikan K-Pop yang lain adalah melalui penampilan istimewa pelakon yang berasal dari Korea sendiri iaitu Kim Jin Sung.

Menurut pengarah Autumn Dihatiku, MJ Woo, Kim Jin Sung dipilih kerana terdapat beberapa faktor yang bertepatan dengan watak yang Park Au Tum (Autumn) di dalam drama itu.

Pada mulanya kami mahu memilih pelakon tempatan sahaja. Tetapi dalam masa yang sama kami mahu paparkan kelainan melalui karya yang betul-betul dekat dengan budaya Korea.

Jadi kami adakan beberapa siri uji bakat video dan tertarik dengan Kim Jin Sung kerana kebolehannya berbahasa Melayu dengan baik.

Tonton-18

Ditanya sama ada Autumn Dihatiku meniru konsep drama Korea berjudul Autumn In My Heart, Mj sama sekali menafikan perkara itu namun mengakui drama arahannya itu mempunyai tajuk yang sama.

Autumn Dihatiku tiada kena mengena dengan Autumn In My Heart. Walaupun tajuk sama tapi jalan cerita lain memandangkan ini drama komedi bukan sedih seperti drama Korea itu.

Untuk pengetahuan semua, Autumn Dihatiku mengisahkan tentang Nina (Hanez Suraya) yang bekerja di sebuah kedai kek dan merupakan peminat fanatik K-Pop.

Kemunculan seorang pelanggan, Park Au Tum (Kim Jin Sung) di kedai kek itu telah mencuri perhatian Nina. Nina berusaha untuk mengambil hati Autumn hingga sanggup mempelajari bahasa Korea kerana Autumn tidak fasih berbahasa Inggeris.

Selain daripada Hanez Suraya dan Kim Jin Sung, Autumn Dihatiku turut membariskan pelakon baru yang semakin meningkat naik seperti Aiman Hakim, Ezzaty Abdullah dan Anas Ridzuan.

SKIP THIS AD ×