berita

Amir Jahari & Aizat Amdan Bakal Buat Persembahan Di Jepun

August 28th, 2013 | by Ai
Kini Trending

Amir Jahari

Penyanyi yang terkenal menerusi lagu Tanpamu dan Penghibur Jalanan, Amir Jahari difahamkan bakal mengadakan persembahan di Kansai Music Conference (KMC) di Osaka, Jepun pada 20 September ini.

Secara umumnya, bukan Amir seorang sahaja yang bakal mewakili Malaysia, malah rakan sealirannya iaitu Aizat Amdan dan kumpulan Go Gerila! turut dikatakan bakal berada di sana.

Berita gembira ini turut dikongsikan oleh pengurus Amir sendiri iaitu, Joe Lee di laman sosial Twitternya dengan status berbunyi :

Amir Jahari

Black-Box-1

Amir Jahari bersama kumpulannya, Go Gerila!

Pada dasarnya, KMC merupakan sebuah persidangan muzik yang berorientasi secara global, di mana ia merangkumi pelbagai genre muzik dan dalam masa yang sama, acara ini turut membuka peluang kepada pencinta-pencinta muzik untuk mengetengahkan bakat mereka ke peringkat yang lebih tinggi.

Dalam pada itu, KMC turut menyediakan sebuah anugerah khas yang dikenali sebagai Anugerah Muzik KMC.

Tujuan utama anugerah ini diperkenalkan adalah untuk memberi pengiktirafan serta mempromosikan muzik dan pemuzik yang hebat.

Untuk ketahui lebih lanjut mengenai acara berprestij ini, anda boleh layari laman rasmi KMC di www.kansaimusicconference.com

Bagaimanapun, untuk semua peminat Amir Jahari, jom layan lagu terbarunya berjudul Gelisah selepas ini. Semoga terhibur!

SKIP THIS AD ×