Bermula semalam viral di facebook mengenai seorang pelajar tingkatan 3 di Kelantan yang didakwa ditampar oleh ustazah di sekolahnya kerana dituduh mencukur/mengandam kening.
Sepupu kepada pelajar tersebut memuatnaik beberapa keping gambar menunjukkan pelajar tersebut mendapatkan rawatan di sebuah hospital di sana. Bapa kepada pelajar itu juga menerusi facebook berkata tidak akan teragak-agak untuk mengambil tindakan yang sewajarnya.
Dituduh mencukur kening lalu ditampar beberapa kali
MOHON SHARE!!! MOHON SHARE!!! MOHON SHARE!!!
Assalam semua rakan-rakan fb, saya nak tanya pendapat semua berikutan kejadian dibawah. Sepupu saya perempuan tingkatan 3 di tuduh mencukur kening, sedangkan tidak sama sekali (memandangkan kening nya yang sememangnya nampak seolah-olah seperti diukir) tanpa mendapat kepastian yang betul, dia ditampar beberapa kali oleh cikgu ustazah disekolahnya sehingga mengakibatkan kesakitan pada pergelangan leher yang agak serius.
Dikejarkan ke wad kecemasan setelah muntah-muntah
Tak dapat saya bayangkan sekuat mana ustazah itu menampar sepupu saya sehingga sepupu saya dikejarkan ke wad kecemasan kerana mengalami muntah-muntah dan masih menunggu keputusan Xray dibahagian lehernya. Yang sekarang dimasukkan ke Wad Dahlia HRPZ11 Kota Bharu pada 22/7/2016.
Untuk keterangan seterusnya boleh rujuk status bapa saudara saya dibawah.
Apa yang perlu dibuat untuk menuntut hak kebenaran kepada kes tersebut sekali gus memberi pengajaran kepada guru yang tidak bertanggungjawab seperti ini???
#Mohon rakan-rakan fb share status saya ini kepada semua!!!
Walaubagaimanapun, netizen dinasihatkan jangan mudah menghentam atau mengadili guru tersebut kerana kita pun tidak tahu perkara sebenar yang terjadi. Didoakan semoga adik ini cepat sembuh dan sihat seperti selalu.
sumber: Nana Navana