berita

‘Anak Tidak Bergerak, Badan Bertukar Biru’ – Bayi 39 Hari Meninggal Dunia Tersedak Susu

October 21st, 2017 | by Shafika
Kini Trending

Menjaga bayi bukanlah sesuatu perkara yang mudah. Sebagai ibu bapa, kita seharusnya memberi sepenuh perhatian terhadap mereka. Tersilap langkah, buruk akibatnya.

Seperti perkongsian ini, bayangkan tanpa sedar bayinya tersedak susu ketika dia sedang mengemas rumah. Hati ibu mana tak sedih dengan berita kehilangan anak yang dikandung dan dijaga siang malam. Sedih.

Kebiasaannya biasa kenyang terus tidur

Sekadar gambar hiasan

Seperti biasa rutin harian selepas menyusukan Adrie antara 6.30 hingga 7 pagi, saya akan menyapu sampah, menyidai kain dan menyediakan sarapan untuk suami dan anak-anak lain.

Arwah adalah anak bongsu daripada lima beradik dan kebiasaannya selepas kenyang menyusu, dia akan tidur. Setiap hari selepas dia tertidur saya akan membuat kerja harian dan menghantar suami sehingga ke depan pintu dan sekali sekala menjengah keadaan anak bongsu saya itu.

Menurut Rosma, dia baru sahaja meletakkan bayinya itu kira-kira 30 minit selepas dia menyusukan anaknya. Dia terus melakukan rutin harian di rumah pada waktu pagi seperti biasa.

Tidak menunjukkan apa apa tindak balas

Sekadar gambar hiasan

Namun pada hari kejadian, saya panik apabila melihat anak saya sudah tidak lagi bergerak selain seluruh badannya bertukar menjadi kebiruan. Agak lama cuba menyedarkan dia, saya mendapati dia tidak menunjukkan apa-apa tindak balas.

Saya terus bergegas ke klinik berhampiran untuk mendapatkan rawatan, namun doktor yang bertugas mengesahkan bahawa bayi saya sudah tidak lagi bernyawa.

Menerusi Harian Metro, Rosma terkejut dan tidak percaya anak bongsunya itu sudah tiada dan terus menghubungi suaminya yang bekerja di kilang berhampiran. Namun, malangnya bayinya sudah tidak bernyawa.

Kejadian seperti mimpi

Sekadar gambar hiasan

Walaupun kejadian berkenaan seperti mimpi kerana ia berlaku sekelip mata, namun saya sekeluarga menerima hakikat dan reda dengan ketentuan Allah yang anak syurga kami ini sudah tiada.

Saya akui setiap yang berlaku ada hikmahnya dan menerima takdir berkenaan dengan hati yang terbuka, selain menganggap anak bongsu ini Allah pinjamkan seketika untuk kami sebelum dia pergi.

Selain melakukan lawatan, pihak KRT Taman Bistari dan beberapa pertubuhan bukan kerajaan (NGO) sekitar Batu Pahat turut memberikan sumbangan untuk membantu keluarga berkenaan yang masih bersedih dengan kejadian berkenaan.

Sumber : Harian Metro

The following two tabs change content below.

Shafika

Content Champion at Rev Asia Berhad
I'm not fat, I'm just easy to see

SKIP THIS AD ×