berita

Anne Ngasri Selamat Lahirkan Bayi Lelaki

September 10th, 2013 | by Ai
Kini Trending

Anne Ngasri

Tahniah! diucapkan buat pelakon terkenal, Anne Ngasri dan suami, Mohd Sumali Reduan yang baru menimang cahaya mata lelaki mereka semalam.

Berita gembira ini telah dikongsikan sendiri oleh Anne atau nama sebenarnya Nasriah Binti Hj. Ngasri menerusi laman sosial Twitternya beberapa jam lalu.

Anne Ngasri

Anne Ngasri

Bayi comel Anne Ngasri & Sumali

Secara umumnya ini merupakan cahaya mata pertama mereka dan untuk makluman, Anne Ngasri dan Sumali telah bernikah pada 22 Disember tahun lalu.

Sebelum ini Anne pernah berkahwin dengan Abdul Wafi Hassan pada 26 Mei 2006 dan disahkan bercerai dengan talak tiga pada Jun 2010. Hasil perkongsian tersebut mereka telah dikurniakan tiga orang cahaya mata iaitu Abdul Warits, Abdul Wafri dan Nazharah Afrozah.

SKIP THIS AD ×