berita

Antara Saya Dan Bekas Isteri Hanya Sejarah – Sham Kamikaze Respon Dakwaan Hipokrit

April 22nd, 2014 | by Ai
Isu & Kontroversi

sham

Baru-baru ini, kami dikejutkan dengan pendedahan isteri kepada Sham Kamikaze yang tampil mendedahkan sikap sebenar Sham melalui sebuah akhbar tempatan.

Wanita yang dikenali sebagai Farazila Abdul Jabar itu menyifatkan bekas suaminya sebagai seorang yang hipokrit dan menganggap dirinya mulia apabila sudah berhijrah.

Susulan itu, enggan berdiam diri terhadap dakwaan tersebut, Sham telah memuat naik status terbaru dilaman sosial Facebook untuk menjawab tohmahan tersebut.

Sham & bekas isteri

Sham menganggap apa yang berlaku antara dia dan isteri (berbaju ungu) sebagai sejarah hidupnya

Melalui status berkenaan, Sham menyifatkan tindakan bekas isterinya itu seolah-olah meraih simpati orang ramai untuk kepentingan peribadi.

Malah, Sham berkata penceraian mereka sudah difailkan ke mahkamah sejak dua tahun lalu dan tiada sebab untuk bekas isterinya itu menjaja perihal rumahtangga yang sudah berakhir.

Katanya, dia tidak pernah membuat apa-apa kenyataan mengenai Farazila, apatah lagi mengaitkan wanita itu dalam apa jua keadaan sebagaimana didakwa.

luahan sham

Dalam kenyataan tersebut juga, Sham mengambil pendekatan untuk tidak mengulas mengenai perkara ini kepada sesiapa lagi kerana mereka sudah tidak mempunyai apa-apa ikatan.

Untuk pengetahuan, pada 30 Ogos 2012, Farazila telah memfailkan cerai terhadap suaminya dan kes ini telah difailkan di Mahkamah Rendah Syariah Shah Alam, berpunca daripada konflik dalaman yang berlanjutan.

Apapun, kami tidak menyalahkan mana-mana pihak. Apa yang terjadi antara Sham dan Farazila, hanya Tuhan saja yang tahu. Harapan kami supaya persengketaan ini dapat diselesaikan dengan cara baik.

SKIP THIS AD ×