berita

Warga San Francisco Protes Konsert Beyonce & Jay Z. Aik, Kenapa Pula?

August 8th, 2014 | by Noraniza
Hollywood

beyonce

Siapa yang tak kenal dengan dua nama besar ini? Kedua-duanya mempunyai jumlah peminat yang besar di seluruh pelusuk negara yang amat mengagumi bakat mereka.

Bagaimanapun, ada khabar yang kurang enak didengar apabila timbul desas-desus bahawa konsert dua bintang tersohor ini diprotes.

Desas-desus itu disahkan menerusi laporan Kapanlagi.com apabila konsert On The Run telah diprotes oleh warga San Francisco. Tapi, apa sebab konsert mereka diprotes ya?

Barclays Center Press Conference

Jay Z berkoloborasi bersama Beyonce untuk konsert On The Run

Rupa-rupanya konsert  yang diadakan pada 6 Ogos lalu di AT&T Park mendapat kritikan apabila ia dikatakan mengganggu ketenteraman warga setempat akibat bunyi yang terlampau bingit.

Malah, bunyi dentuman konsert tersebut terdengar sehingga ke wilayah lain yang mana membuatkan kebanyakan penduduk tidak boleh tidur.

Bagaimanapun, pihak bertanggungjawab iaitu San Fransisco Giants dan Giants Enterprise telah memohon maaf atas kesulitan yang terjadi.

The following two tabs change content below.

Noraniza

Senior Head Of Sponsored Content, Malay Division at Rev Asia Berhad
People will hate you, rate you, shake you and break you. But how strong you stand is what makes you! :)

SKIP THIS AD ×