berita

Ariana Rose Lari Ke Kota London?

January 28th, 2014 | by Noraniza
Kini Trending

Screen Shot 2014-01-27 at 9.36.39 PMJika dahulu, beberapa buah drama seperti Setia Hujung Nyawa dan Love You Mr. Arrogant pernah menjadi bualan, kini giliran drama Ariana Rose pula meniti dibibir peminat. Rata-rata status Twitter dan Facebook sudah pasti dibanjiri dengan perkataan ‘Ariana Rose’ sewaktu tayangan drama tersebut.

Artikel Berkaitan : #PISA Kurang Menyengat, Ariana Rose Bakal Hit?

Gandingan mantap pelakon cantik, Fatiya Latiff dan hero drama tersebut, Keith Foo telah berjaya mencuri perhatian dalam setiap episod dan tidak hairanlah jika pembaca OHBULAN! juga ternanti-nanti apakah kesudahan konflik antara Ariana Rose dan Tengku Adam.

Screen Shot 2014-01-27 at 9.25.01 PMAntara foto ‘Ariana Rose’ di London

Melalui gambar yang dimuatnaik menerusi akaun instagram Fatiya Latiff, terdapat beberapa keping foto yang dikongsi olehnya ketika mereka sedang dalam penggambaran drama tersebut di Kota London.

Turut sama berkongsi foto penggambaran mereka ialah Keith Foo dan pelakon watak antagonis bagi drama tersebut, Nabila Huda. Di samping bekerja, mereka juga nampaknya sedang berseronok menikmati keindahan negara orang.

Agaknya adakah Ariana Rose akan terus menghilangkan diri daripada Tengku Adam sehingga sanggup lari ke kota kosmopolitan itu? Sama-sama kita nantikan penamat kisah penuh emosi tersebut nanti.

Sebelum itu, jom kita tengok video dan foto mereka di Kota London.

 

Kredit foto : Instagram Fatiya Latiff, Keith Foo dan Nabila Huda

The following two tabs change content below.

Noraniza

Senior Head Of Sponsored Content, Malay Division at Rev Asia Berhad
People will hate you, rate you, shake you and break you. But how strong you stand is what makes you! :)

SKIP THIS AD ×