berita

Artis Baru VS Artis Lama! Siapa Bakal Gegarkan AJL32 Kali Ini? Ini Ramalan Kami

February 5th, 2018 | by faris | 0 comments
Shout Out!

Diam tak diam Anugerah Juara Lagu kembali lagi untuk tahun ke-32 penganjurannya. Jika tahun lalu ‘Cerita Dalam Lagu’ menjadi tema pilihan, AJL 32 kali ini mengangkat ‘Fesyen dan Muzik’ sebagai tema utama. Tidak seperti tahun lepas, kali ini finalisnya didominasi penyanyi baru yang sedang trending di laman sosial hasil karya mereka.

Namun, kemaraan penyanyi yang lebih berpengalaman sudah tentunya memberi saingan sengit dalam acara berprestij itu. Korang rasa siapa yang akan mengungguli AJL tahun ni? Penyanyi favourite korang ada masuk tak?

Senarai penyanyi baru ke AJL 32

Hael Husaini (Jampi)

Lagu berhantunya telah ‘menyihir’ peminat muzik tempatan dengan irama yang fresh dan lain dari yang lain. Jampi dilihat versatile dan sedap didengar walaupun dicover dalam banyak rentak. Tak kisahlah akustik, dangdut atau rock, semuanya masih best dinyanyikan!

Lagu ciptaan Hael dan Ezra Kong ini menduduki carta pertama pilihan untuk dinobatkan sebagai Juara Lagu tahun ini. Kelainan irama dan kekuatan lirik pada kami boleh menjulang lagu ini sebagai  lagu terbaik bagi tahun 2017!

Haqiem Rusli (Tergantung Sepi)

Tergantung Sepi antara lagu viral bagi tahun 2017. Vokal yang pada mulanya disalahertikan seakan Hafiz Suip kemudiannya dibuktikan sebaliknya oleh Haqiem Rusli. Keberkesanan lagu ini meruntun emosi juga menjadikannya lagu latar drama antaranya Dekatkan Jarak Kita lakonan Ayda Jebat dan Syafiq Kyle.

Khai Bahar (Bayang)

Suaranya cukup menenangkan dan menjadi siulan penggemar muzik tempatan masa kini. Lagu Bayang ada melodi yang akan kekal relevan sekurangnya  10 tahun lagi. Tidak hairanlah ianya diterima baik oleh peminat sehingga ke Indonesia pun ada tau!

Ara Johari (Warkah Untukku)

Impak lagu slow rock yang cukup membuai perasaan ini memang tidak boleh dipertikai lagi. Paduan vokal Ara dengan lirik Laq, diserikan pula dengan gubahan Hang Nadim, kalau dengar berkali-kali pun tak bosan. Berhantu betul lagu ni, sekali degar, terngiang-ngiang di telinga.

Syamel (Lebih Sempurna)

Kemantapan suara ‘jantan’ miliknya membawa tuah tersendiri apabila dia berjaya meloloskan diri dengan 2 buah lagu bagi edisi kali ini. Selain keistimewaan suaranya yang unik, vokal ditampilkan juga memukau. Pemegang vokal terbaik secara hatrik, Dayang Nurfaizah patut memberi perhatian khusus kepada kemaraan Syamel kali ini tau!

Wany Hasrita (Menahan Rindu)

Menahan Rindu antara lagu berhantu bagi tahun 2017! Buktinya, video muzik rasmi lagu ini sudah mencecah lebih 29 juta tontonan setakat ini! Irama mendayu-dayu dengan suara gemersik Wany antara resepi kejayaan lagu berkenaan diterima ramai. Kalau diumumkan tempat malam AJL itu nanti pun bukanlah satu kejutan bagi kami!

Syamel & Ernie Zakri (Aku Cinta)

Kedua-duanya masih setahun jagung dalam pertandingan ini. Namun kehadiran mereka tidak boleh dipandang sepi. Paduan dua vokal mantap dalam sebuah lagu bukanlah selalu dilihat di pentas AJL, harap-harapnya mereka berupaya memberi yang terbaik tanpa menenggelamkan diri pasangan.

Salma Asis (Akhirnya Cinta)

Juara Mentor Musim kelima ini tidak perlu lagi diragui keunggulannya. Entah di mana silapnya dia tenggelam timbul dalam industri. Namun dia kembali menjadi sebutan dengan lagu Akhirnya, Cinta hasil ciptaan Ajai manakala lirik nukilan Slen. Pertama kali dalam AJL, yang pasti Salma tidak akan mensia-siakan peluang terhidang di depannya.

Dan ini pula barisan penyanyi otai di pentas AJL

Azmi Caliph Buskers (Sejati)

Kemunculan Caliph Buskers menggantikan kumpulan Mojo pada AJL29 nyata membuat kejutan besar sekaligus menawan hati juri memberi markah tertinggi untuk kategori persembahan terbaik tahun itu. Seperti ‘menyanyikan’ lagu orang, kali ini Faizal Tahir memberi kepercayaan kepada Caliph Buskers untuk bertanding bagi pihaknya.

Dayang Nurfaizah (Separuh Mati Ku Bercinta)

3 tahun berturut-turut merangkul trofi vokal terbaik, Dayang Nurfaizah dilihat masih berpotensi membawa pulang kategori sama malam bersejarah itu nanti.

Apatah lagi dengan lagu karya Ajai ini, Dayang dikhabarkan akan mengulangi sejarah AJL 2001 yang menyaksikan lagu komposer itu, Seandainya Masih Ada Cinta dinobatkan sebagai juara kategori balada.

Altimet (Amboi)

Walaupun ada yang mempersoal kemaraan lagu Amboi ke pentas final, namun harus diakui lagu berentak rap ini mempunyai keistimewaan tersendiri. Liriknya berterus-terang namun tetap sinis dan sarat dengan pujian berkenaan isu semasa. Tak sabar nak tengok performance Altimet malam itu nanti!

Hazama & The Penglipur Lara (Aku Yang Sebenar)

Kalau cakap soal vokal, Hazama antara suara ‘jantan’ yang memang tak perlu diperkenalkan lagi. Untuk rekod, AJL32 adalah kali kedua Hazama bertanding di pentas berprestij itu. Sebelum ini dia layak dengan lagu Di Amaran Mama, sudah tentu kali ini tidak mahu melepaskan peluang membuktikan star dalam dirinya!

Ini ramalan keputusan AJL kami

Tempat pertama: Jampi (Hael Husaini)

Tempat kedua: Sejati (Caliph Buskers)

Tempat ketiga: Separuh Mati Ku Bercinta (Dayang Nurfaizah)

Vokal terbaik: Dayang Nurfaizah

Persembahan terbaik: Hazama & The Penglipur Lara

Jangan lupa saksikan malam AJL 32 bersiaran secara langsung Ahad, 11 Februari ini jam 9 malam di TV3! AJL 32 juga boleh ditonton secara langsung menerusi portal video www.tonton.com.my

The following two tabs change content below.

faris

Content champion at Rev Asia
Self-proclaimed foodie yang mahu salam cium tangan pencipta Horlicks Mcflurry.

Most Read Today