berita

Artis Lelaki Metroseksual

July 5th, 2012 | by Ai
Make-It-Senang

Sejak kebelakangan ini, kebanyakan kaum lelaki mulai sedar dan mula menonjolkan aspek feminin dalam diri mereka dan golongan-golongan sebegini dikategorikan sebagai lelaki metroseksual. Disamping itu, penampilan telah menjadi isu penting dan mutlak bagi lelaki metroseksual tanpa mempedulikan kos yang bakal mereka keluarkan.

Pada dasarnya, lelaki metroseksual bukanlah lelaki homoseksual, tetapi mereka adalah lelaki sejati yang hanya mementingkan penampilan dan kecantikan diri sahaja. Kebanyakan lelaki dari golongan ini mengagumi dirinya sendiri dan mereka akan bangga jika lingkungan sosialnya membicarakan hal-hal yang baik tentang dirinya. Kenyataan ini dipetik daripada Ruangan Khas Untuk Lelaki.

Di sini terdapat beberapa artis lelaki tempatan yang bersifat metroseksual :

Awal Ashaari

Awal Ashaari merupakan salah seorang artis lelaki yang mementingkan penampilan diri. Lihat sahaja pada style yang ditampilkan olehnya. Sentiasa kelihatan kemas, segak dan kelihatan macho setiap masa. Ini membuktikan bahawa Awal seorang lelaki yang bersifat metroseksual dan amat teliti dengan setiap gaya harian yang ingin ditampilkan.

Anuar Zain

Anuar Zain turut merupakan salah seorang artis lelaki yang bersifat metroseksual. Lihat sahaja wajahnya yang sentiasa kelihatan muda dan kacak dari dahulu sehingga kini. Ini membuktikan bahawa Anuar Zain seorang yang amat pentingkan penjagaan wajah agar wajahnya sentiasa kelihatan awet muda.

Iqram Dinzly

Iqram Dinzly turut tersenarai dalam golongan artis lelaki bersifat metroseksual. Lihat sahaja makanan tambahan yang diambil oleh Iqram ini, begitu banyak makanan kesihatan tambahan yang diamalkan oleh Iqram bagi mengekalkan wajah dan bentuk badan maskulinnya.

Fahrin Ahmad

Fahrin Ahmad tidak terkecuali untuk disenaraikan sebagai artis lelaki metroseksual. Ini kerana, Fahrin merupakan salah seorang artis lelaki yang mementingkan susuk badan yang tegap dan sasa. Lihat sahaja bentuk tubuhnya yang tegap ini, pasti mampu memikat hati para peminat wanitanya.

Bagi para wanita diluar sana, adakah anda meminati lelaki bersifat metroseksual? Mungkin ada yang minat dan mungkin ada juga sebaliknya. Akan tetapi, tidak salah untuk golongan lelaki mementingkan penampilan dan kecantikan wajah. Segalanya terpulang pada kemampuan individu itu sendiri.

Sumber : Ruangan Khas Untuk Lelaki.

SKIP THIS AD ×