berita

Atasi Pemain Terbaik Dunia Lionel Messi & Neymar, Faiz Subri Tercalon Dalam Top 3 Gol Terbaik FIFA

December 2nd, 2016 | by Ash Nordin
Kini Trending

f

Pemain kelab Pulau Pinang, Faiz Subri yang tercalon dalam gol paling cantik di dunia telah disenarai pendek oleh pihak FIFA. Faiz Subri tercalon bersama Marlone, Daniuska Rodriguez., atasi pemain terbaik dunia seperti Lionel Messi dan Neymar.

Berita ini pastinya membuatkan bukan sahaja peminat bola sepak Malaysia, malah rakyat Malaysia juga. Akhirnya berbaloi juga kita ramai-ramai pakat vote Faiz Subri ni. Harap-harap Faiz dapat anugerah yang diidamkan pemain bola sepak dalam dunia ni. Cayalah!

Tahniah Faiz Subri!

screen-shot-2016-12-02-at-9-18-28-pm

Dalam sejam lepas, FIFA telah mengumumkan senarai pendek 3 pemain yang berjaya untuk merangkul anugerah gol terbaik dunia. Faiz Subri telah mengatasi pemain terbaik dunia seperti Messi, Neymar, pemain antarabangsa Switzerland, Xherdan Shaqiri dan lain.

Sama-sama kita berharap supaya Faiz Subri dapat bawa pulang anugerah tersebut. Katakan lah dia tak berjaya, sekurang-kurangnya dia sudah mengharumkan nama bola sepak Malaysia dan dan buat kita bangga. Bukan senang beb!

Sumber: FIFA

The following two tabs change content below.

SKIP THIS AD ×