berita

Awas Lelaki, Bina Keyakinan Korang Bila Berdepan 6 Situasi Ini

January 12th, 2018 | by Epul
Gaya Hidup

Selalu kita dengar lelaki ketua keluarga dan lelaki sebagai pemimpin kan? Semua itu betul guys, malah dah tertulis dalam Surah An-Nisa’, ayat 34. Maka, sebagai lelaki/ketua, kita mesti akan bersedia untuk apa jua keadaan. Walaupun, kadangkala kita tak expect apa yang akan berlaku, paling tidak bersedia untuk berdepan setiap situasi…

Semuanya unpredictable dalam dunia ni… Tapi kalau kita bersiap sedia, semuanya jadi lancar, kan? Nak mudahkan korang, kami senaraikan beberapa situasi di mana lelaki perlu bersiap sedia dan bina keyakinan diri supaya mudah berdepan perkara-perkara tidak dijangka. Oh, ada tips juga tau! Jadi, teruskan membaca!

1. Masa nak interview kerja, ketar lutut beb!

Bila masuk tahun baru, mesti ramai di antara kita cari kerja kan? Maka, banyaklah sesi interview dan soal jawab dengan pengurus besar, CEO syarikat dan sebagainya. Seram kan dengar nama pengurus besar, macam tinggi sangat pangkat dia… Walaupun kita ni lelaki, tetap ketar beb lutut nak duduk depan dia!

Haa, sini kami ajar sikit macam mana nak bina keyakinan bila interview kerja. Korang cuba listkan soalan-soalan yang biasa ditanya masa interview, buat mockup interview dengan kawan atau bercakap depan cermin. Lagi satu, pastikan semua dokumen lengkap, takdelah gugup bila kena tanya “mana sijil kamu?”…

2. Bila dating dengan girlfriend, siap sedialah nak kena bebel

Dah nama couple mestilah hari-hari dating, kalau lama tak jumpa nanti rindu pulak! Bila dating tu, siap sedialah dengan jawapan terhadap soalan cepumas dan komen-komen pedas dari girlfriend korang. Sebab, perempuan ni suka tanya macam-macam!

You ni, cuba pakai elok sikit, pakai deodoran ke…” Erk, semua benda diorang komen tau… So, sebelum pergi dating tu, pastikan korang melawa la sikit. Kalau diorang tanya macam-macam, jawab elok-elok supaya jaga hati diorang. Tak senang nak tackle, kenalah hargai geng!

3. Girlfriend bawak jumpa keluarga mertua, fuh nervous!

Bila dah kawan dengan girlfriend lama, mesti kenal mak bapak diorang jugak kan? Tapi, tiap kali awek bawak pergi jumpa orang tua diorang, mesti nervous! Aduh, nak cakap apa, nak bawak apa, nak pakai apa!

Ingat tau, adab dengan orang tua paling penting. Mak bapak girlfriend korang pun bakal jadi mak bapak korang jugak nanti. Selain tu, jaga tutur kata, pakai pakaian kemas, bawa buah tangan dan ambil hati diorang. Senang je!

4. Bila kena berucap atas pentas. Jangan tersasul okay?

Keyakinan diri memang sangat penting bila korang kena bercakap atau berucap atas pentas. Dahlah ramai orang, beratus orang tengok dari bawah! Sesetengah orang akan rasa takut, gementar dan macam-macam lagilah…

Kalau nak tau, bau badan korang pun memainkan peranan penting supaya ‘mood‘ korang sentiasa baik. Kalau bau badan sedap, yakin sikit nak berjalan naik atas pentas kan? Kalau busuk tu, nak naik sambil lalu dekat orang ramai pun segan. Jadi, pastikan korang pakai deodoran atau jangan buat aktiviti lasak sebelum naik atas pentas okay?

5. Masa akad nikah, jangan sampai ulang banyak kali!

Nak lafazkan akad nikah adalah saat paling mendebarkan dalam hidup seorang lelaki. Dah berkawan, bercinta, kenal antara satu sama lain dan akhirnya korang ambil keputusan untuk berkahwin. Waktu ni lah macam-macam perasaan muncul, gemuruh, gementar, lupa akad, tersasul, semua ada!

Ingat, walau macam mana gementar sekalipun korang, lafaz akad nikah tu wajib untuk mengesahkan korang sebagai pasangan suami isteri. Mintalah pendapat atau pertolongan dari mereka yang berpengalaman, tak kira abang, pakcik atau kawan-kawan dalam proses akad nikah. Kalau perlu, berlatihlah supaya hilang rasa gemuruh kat hati!

6. First day masuk universiti, segan weh jumpa kawan baru!

Bila masuk universiti, memang berbeza dari zaman sekolah. Kat sini korang akan kenal kawan dan suasana baru! Bau badan memang memainkan peranan bila jumpa orang. Jadi, jangan segan-segan bila jumpa orang, senyum dan tegur secara baik. Jaga hubungan supaya mana tau nanti korang kena buat assignment sama-sama?

Kami ada cara untuk tingkatkan lagi keyakinan diri korang…

Sebelum berdepan situasi-situasi ni, pastikan korang sembur NIVEA MEN Body Deodorizer untuk menyerlahkan potensi dengan bau-bau penuh keyakinan yang ditawarkan. Korang tau tak, koleksi NIVEA MEN kali ini merupakan spray badan pertama dengan 4 varian berbeza untuk cita rasa dan kegunaan masing-masing! Antaranya, Ice Cool, Sprint, Intense dan Energy. Banyak kan?

NIVEA MEN Body Deodorizer baru ini mempunyai perlindungan antibakteria dengan bau maskulin yang mampu bertahan sepanjang hari malah memberikan tahap keyakinan tertinggi untuk mengatasi segalanya. NIVEA MEN juga sentiasa memberi inspirasi kepada lelaki supaya lebih yakin untuk menyerlahkan identiti mereka!

Jadi, korang nak tingkatkan keyakinan diri? Dapatkan NIVEA MEN Body Deodorizer di kedai farmasi atau pasar raya besar berhampiran korang. Jom, tingkatkan keyakinan diri kita semua!

Jom contohi Asyraf Aley bina keyakinan diri macam dalam video ni…

The following two tabs change content below.

Epul

Sponsored Content Champion at REV Asia
Writer yang gila salted egg butter chicken. Nak belanja? Follow akaun media sosial kat tepi kiri ni dulu atau drop email ke [email protected] untuk cara lebih profesional.

Most Read Today