berita

‘Awat Nak Masuk Bilik Ayaq Kami? Hampa Tak Rasa Malu Ka…’

August 15th, 2018 | by Amat
Isu & Kontroversi

Susulan saranan Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri tentang penggunaan tandas orang kelainan upaya (OKU) oleh golongan LGBT, komuniti OKU menggesa perkara tersebut dikaji semula yang disifatkan sebagai merampas hak mereka.

Artikel berkaitan: Isu Tandas OKU Untuk LGBT, Ini Sebab Ras Adiba Radzi Bangkang Saranan Menteri

Malahan, kenyataan itu telah mengguris hati golongan OKU yang telah lama merasa terpinggir dengan fasiliti selama ini yang tidak lengkap untuk mereka.

Antibodi kami lebih lemah

Bagi individu OKU ini, Abdul Malik Said berkata kenyataan tersebut sedikit sebanyak mengguris hati golongan ini selepas kebanyakan premis dan bangunan gagal memenuhi kemudahan untuk mereka.

Ini tandas pula, jika golongan ini ada yang menghidap penyakit berbahaya, kami lebih mudah terdedah untuk dijangkiti kerana antibodi kami yang lebih lemah berbanding orang normal. Jika kami tidak diberi kemudahan secukupnya tapi janganlah rampas hak kami pula, gunalah tandas lelaki dan wanita mengikut fitrah asal.

Saya rasa tidak selamat

Sementara itu, Siti Nor Azizah Abdul Aziz mewakili suara OKU wanita berasa bimbang sekiranya komuniti yang ‘sempurna sifat’ ini memberi ancaman keselamatan buat mereka. Tambahnya lagi, tandas OKU hanya akan dikongsi oleh lelaki dan wanita kurang upaya tetapi bukan dengan lelaki yang sihat dan sempurna anggota badan.

Saya tidak setuju dengan cadangan kerajaan, saya seorang wanita yang kurang upaya dan sentiasa mengharapkan bantuan orang lain, jika mahu berkongsi dengan ‘lelaki’, saya rasa tidak selamat.

Sekiranya wanita normal sendiri boleh meluahkan rasa bimbang mengenai transgender menggunakan tandas mereka, bagaimana dengan kami, tentu kami lebih bimbang berbanding orang normal.

Malaysia yang diwar-warkan sebagai negara Islam, adalah lebih baik mengikut landasan yang ditetapkan agama dan pasti masalah itu dapat diselesaikan tanpa mengorbankan keistimewaan komuniti OKU.

Bagaimanapun, kerajaan perlu lebih tegas dalam menangani isu transgender ini berikutan golongan tersebut hanya mempunyai masalah naluri yang kemudiannya dizahirkan menerusi watak, pakaian dan fizikal sehingga mengelirukan masyarakat kini.

Sumber: Berita Harian

SKIP THIS AD ×