berita

Ayu Tokse Gi Ngaji Pondok, Ayu Tokse Pisoh Dengan Abe…

July 25th, 2018 | by faris
Kini Trending

Perkahwinan seorang peraih getah dengan budak perempuan berumur 11 tahun menimbulkan kemarahan ramai pihak. Lelaki berkenaan, akhirnya dikenakan hukuman denda berjumlah RM1,800 oleh Mahkamah Rendah Syariah Gua Musang atas dua tuduhan iaitu berkahwin dan berpoligami tanpa kebenaran.

Lelaki 41 tahun itu sebelum ini turut mengatakan dia dan isteri ketiganya itu tidak akan tinggal sebumbung sehingga si isteri berumur 16 tahun. Isterinya yang dikenali sebagai Ayu bagaimanapun akan dihantar ke sekolah pondok untuk mendalami ilmu Al-Quran.

Mahu tinggal dengan keluarga

Namun menurut laporan Berita Harian, Ayu enggan memulakan pengajian di negara jiran ataupun di Kelantan kerana tidak sanggup berpisah dengan suami.

Ayu bagaimanapun mahu tetap tinggal bersama orang tuanya di Kampung Panggong Lalat dan terus melanjutkan pengajian dalam bidang tersebut sehingga 5 tahun lagi.

Anggap kes selesai

Menurut ibu kepada Ayu, dia telah kerapkali memujuk anaknya itu supaya tinggal di pondok seperti yang dimahukan menantunya namun Ayu masih bertegas tinggal bersamanya.

Tapi Ayu menolaknya kerana lebih selesa dan berminat menerus pengajian al-Quran di kampung ini. Suaminya turut menasihati Ayu supaya tinggal di sekolah pondok sama ada di Thailand atau di mana-mana saja di Kelantan sehingga umur 16 tahun.

Dia menolak dengan alasan ingin mengaji al-Quran dahulu dan tinggal bersama keluarga.

Menurut wanita itu lagi, kes anaknya itu dianggap selesai apabila mereka dalam proses mendapatkan sijil nikah sah menerusi pihak berkuasa agama negara ini.

Apapun, kami sebagai ibu bapa Ayu berpegang kepada janji peraih getah itu kebenaran tinggal bersama apabila mencapai umur 16 tahun.

Sumber: Berita Harian

The following two tabs change content below.

SKIP THIS AD ×