berita

Babak Drama Cinta Tipikal Yang Korang Mesti Pernah Berangan Untuk jadi Realiti!

November 13th, 2017 | by Azyanshor | 0 comments
47.9K
reads
1.4K
shares
Drama

Bohonglah kalau korang tak pernah berangan bila tengok drama-drama dekat tv tu kan? Lagi-lagi drama cinta ha mula lah senyum sorang-sorang. Teringat dekat boyfriend lah, dekat ex eh semua lah teringat! Memori lama terus datang balik ha gitu.

Kadang-kadang bila tengok drama-drama ni, admin selalu terfikir bila lah nak jadi dekat diri sendiri. antaranya babak-babak yang buat admin feeling ada disenaraikan kat bawah ni. Korang pun sama ke?

1- Babak terlanggar bahu, buku-buku terjatuh

Ini paling tipikal. Tak tahu lah korang tapi admin dulu time baru masuk belajar ada lah jugak terfikir nak terjadi dekat diri sendiri. Scene tengah-tengah jalan, tiba -tiba terlanggar bahu seorang lelaki, barang jatuh, mata bertentang mata, terus jatuh cinta. Ha.. hakikatnya, terlanggar bahu pun haram ditegur, cakap sorry pun tak. Hurm..

2- Babak cari buku dalam library, nampak seseorang di celah-celah buku, mata bertentang mata….

Hurm.. ini pun satu. Selalu juga admin pergi library lepastu berangan lah terjumpa mamat-mamat cute kat celah-celah rak buku.. Hakikatnya.. dah lah tak jumpa pun studentnya, kalau ada pun nak dekat exam.. Itu pun datang student tidur je dekat celah-celah rak buku tu! Hampeh!

3- Babak nak terjatuh& diselamatkan jejaka tampan

Boleh dikatakan mostly drama melayu memang wajib ada scene ni. Tengah jalan-jalan, tersepak batu, lepastu nak jatuh tiba-tiba tah dari mana lelaki kacak datang sambut. Lepas tu, tertatap pula mata..pastu jatuh cinta.. Ini in real life, sama ada tak ada orang datang tolong or yang tolong tu perempuan. Tak adanya nak jatuh-jatuh cinta.

 

4- Babak kahwin paksa dengan lelaki kaya

Ini paling in sekarang ni. Sama macam cerita hindustan, scene kena kahwin paksa ni bukan main dramatis. Lari sana, lari sini, gaduh bukan main. Last-last, jatuh cinta jugekk.. Bercinta lepas kahwin lagi sweet katanya. Ada lah macam rasa nak suruh mak carikan jodohkan? Lepastu cancel hehe.

5- Babak hampir dilanggar kereta lelaki kacak

Scene ni selalu dramatik. Konon kene langgar kereta, lepastu yang keluar kereta tu bukan main handsome sampai nak gugur jantung. Hakikatnya, kalau realiti,  memang kene hon kaw-kaw lah lepas tu bergaduh, keluar stereng lock. Eh? Haha!

Eh macam sama je kita berangan!

Haa..tipulah kalau tak pernah berangan ni semua. Dah alang-alang berangan tu, apa kata kita top-up lagi imaginasi tu dengan menonton drama romantik terbaru “Mocha Kau Bahagia“. Drama cinta di kafe yang boleh buat korang tersenyum sorang-sorang lepas ni. Tengah-tengah nak beli mocha, ha mesti teringat cerita ni.

Cerita ini mengisahkan dua  remaja, Melur dan Firdaus yang berkawan semenjak sekolah dan kemudian bekerja di cafe yang sama. Kedua-dua mereka ada simpan perasaan terhadap satu sama lain tapi dipendam sampailah kehadiran Zikri (pengurus cafe) yang membuatkan Firdaus insecure. Melur dan Zikri semakin rapat, membuatkan Firdaus putus harapan dan menerima tawaran pengurus di Sabah.

 

Jadi, apa kesudahanya? Dapatkah Melur dan Firdaus bersatu? Bagaimana pula dengan Zikri? Di kafe apa mereka berkerja? Saksikan drama terbaru “Mocha Kau Bahagia” dibintangi oleh Syafiq Kyle , Farah Nabila , Syazwan Zulkifli & Meera James. Drama ini telah pun mula ditayangkan pada 11 November 2017 dan episod seterusnya akan ditayangkan pada setiap hari Sabtu jam 10.30pm di TV3!

Kalau tak sempat nak menonton di TV, korang boleh tengok drama di Tonton.com.my! Nah, kitorang belanja trailer drama Mocha Kau Bahagia ni, mesti korang pun akan excited nak tengok sama macam admin juga!