berita

Baba’s Bakal Perkenalkan Rancangan Masakan Baru, “Baba’s Cu~Bits”.

June 21st, 2012 | by Ai
Kini Trending

Sememangnya tidak boleh dinafikan perhubungan antara rakyat kita dengan makanan. Tidak kira keturunan atau pengalaman hidup, persamaan antara kita adalah melalui pelbagai aroma dan rasa sajian yang lazat. Dari subuh hingga senja, kita boleh melihat ada sahaja ditemui beratur untuk mendapatkan juadah-juadah yang digemari. Itulah unsur-unsur yang menjadi dasar evolusi kulinari yang bakal menjadi “trend” tempatan terbaru!

Bukan sekadar cara hidangan yang disediakan “comeh-comeh” ala “novelle cuisine”, keunikan inovasi kulinari tempatan terbaru yang digelar “cu~bits” ini juga adalah dari segi gabungan resipi-resipinya yang menonjolkan rasa-rasa Malaysia dalam jelmaan baru. Sebagai “Power Lunch” yang ringan sesama rakan sekerja, santapan petang seisi keluarga ataupun alas perut teman sejiwa, program masakan “BABA’S cu~bits” akan memperkenalkan peminatnya kepada trend kulinari ini yang menekan pada dasarnya iaitu kelazatan hidangan dan berkongsi bersama.

Untuk 26 minggu berturut mulai Julai 1, 2012 penonton-penonton tempatan akan mengenali dan mengalami evolusi kulinari tempatan terbaru ini dalam siri masakan BABA’S cu~bits. Setiap Ahad jam 7.30 malam, program yang dihoskan oleh Chef Kamarul akan menonjolkan 3 recipe cu~bits origin baru yang berdasarkan makanan kegemaran tempatan. Tidak kira anda mahir ataupun pertama kali hendak ke dapur, resipi-resipi dari program BABA’S cu~bits akan menjadi pilihan anda, khas bila hendak menyediakan sajian untuk dimakan bersama. Kesemua 78 resipi unik ini dihasilkan menggunakan produk-produk Baba’s yang telah lama menjadi jenama rempah kegemaran tempatan.

Jadi, jangan lepaskan peluang anda untuk dapatkan resepi-resepi baru. Hari Raya Puasa pun sudah semakin hampir, jadi ambil peluang ini!

Most Read Today