berita

Baca 5 Sebab Kenapa Korang & Buddies Kena Jejak Pulau Kapas. Cun Gila!

July 17th, 2018 | by Noraniza
Travelogue

“Bila nak cuti-cuti lagi?”- Ha, mungkin persoalan ini yang banyak kali terpapar di skrin group whatsapp korang and sahabat sekepala kan.

Admin tertarik bila baca artikel daripada Says Seismik yang menceritakan keseronokan mereka bercuti di Pulau Kapas. Jom baca sampai habis!

1. Hanya 10 minit dari tanah besar

Mungkin ada diantara anda yang selalu mengalami mabuk laut apabila perlu menaiki bot selama berjam-jam untuk ke sesuatu lokasi. Tetapi untuk ke Pulau Kapas, perjalanan bot hanya mengambil masa 10 minit dari tanah besar ke pulau.

Jadi, perasaan mabuk laut tidak mungkin terjadi dek kerana perjalanan yang terlalu singkat. Tak perlu risau lagi!

2. Air laut biru kehijauan jernih bak kristal

Walaupun Pulau Kapas terletak begitu dekat dengan tanah besar, anda pasti rasa tidak percaya sebaik sahaja menjejakkan di sini. Rasa seperti berada di kepulauan yang sangat jauh di tengah laut apabila melihat keadaan air laut tenang, membiru, bersih, dan jernih bak kristal. Memang cantik!

Malah, kecantikan air laut di sini setaraf dengan pulau-pulau popular lain di serata dunia. Buat apa pergi jauh-jauh kalau anda boleh dapat pengalaman yang sama di Pulau Kapas?

3. Lebih murah berbanding pulau lain

Pulau Kapas memang sesuai untuk percutian bajet bersama kawan-kawan atau ahli keluarga. Tiada satu pun resort atau hotel bertaraf 5 bintang. Semuanya lebih kepada chalet bajet.

Kalau nak lagi jimat, boleh juga stay di salah satu campsite di sini. Satu malam baru RM20! Campsite di sini juga lengkap dengan segala kemudahan seperti dapur, bilik air, bilik mandi, surau, dan macam-macam lagi. Oh, khemah juga disediakan.

4. Penuh dengan corals dan hidupan laut berwarna-warni

Snorkeling di Pulau Kapas adalah satu aktiviti yang tak boleh dilepaskan. Tak perlu naik bot untuk pergi jauh-jauh, snorkeling di kawasan pesisir pantai sudah memadai dan pastinya akan membuat anda terpukau.

Pemandangan bawah laut di sini dipenuhi dengan corals berwarna-warni dan ikan-ikan berenang keriangan. Senang cerita, bila dah start memang susah nak stop sebab lawa sangat!

5. Ada juga hiking, jungle trekking, dan cliff jumping!

Kalau snorkeling masih tak cukup, apa kata luangkan sedikit masa untuk menapak ke Bukit Singa dan Batu Berakit untuk aktiviti yang lebih adventurous.

Walaupun sedikit jauh, perjalanan sekitar 40 minit ke Bukit Singa, dan satu jam ke Batu Berakit sememangnya berbaloi kerana anda akan disajikan dengan pemandangan menakjubkan sebaik tiba di sana.

Di Batu Berakit juga, anda boleh lakukan aktiviti cliff jumping! Ehem, bagi yang berani sahaja ya.

Sumber artikel: 5 Sebab Kenapa Pulau Kapas Destinasi Terbaik Untuk ‘Weekend Chill’ Bersama Kawan-Kawan

The following two tabs change content below.

Noraniza

Senior Head Of Sponsored Content, Malay Division at Rev Asia Berhad
People will hate you, rate you, shake you and break you. But how strong you stand is what makes you! :)

SKIP THIS AD ×