berita

Korang Rasa Korang Je Hustle Setiap Hari? Rupanya Altimet Dengan 5 Orang Ni Pun Sama Je!

July 19th, 2018 | by Mastura
Kini Trending

Realitinya, bila buka saja mata saban hari, sudah pasti korang akan bersemangat untuk memulakan hari yang baru dan dalam masa yang sama meneruskan langkah perjuangan. Mungkin untuk mencari rezeki buat keluarga dan mungkin juga untuk mengejar impian.

Walau apapun cerita di sebalik perjuangan yang memberi motivasi itu, matlamat setiap orang tetap sama iaitu mendapatkan hasil yang didambakan. Fakta : Korang bukan keseorangan dalam perjuangan itu!

Tak percaya? Nah, baca kisah Altimet dan 5 orang lagi hustler di ibu kota ini.

Altimet dan muzik? Apa yang membuatkan dia terus hustle?

“When you learn things the hard way, you don’t really forget it”

Ingin menjadi yang terbaik dan berkerja keras untuk menjadi antara yang terbaik. Itu perkara yang memotivasikan Altimet atau nama sebenarnya Ahmad bin Abdul Rahman untuk lebih berjaya dalam bidang yang dipilih.

Berkecimpung dalam dunia muzik bergenre rap, bukanlah satu perkara yang mudah baginya.  Lebih-lebih lagi, sewaktu dia masih baru dan tiada siapa yang membimbingnya.

Namun, semua itu tidak membuatkan dia mengalah. Kegigihannya kini membuatkan dia, berjaya menjadi antara penyanyi rap yang tersohor di tanah air. Yelah, siapa je yang tak kenal Altimet kan?

Berjuang tanpa mengira penat lelah, demi kemajuan diri dan keluarga. Ikuti luahan masyarakat kota bersama Altimet.

Jika Altimet memegang prinsip untuk menjadi yang terbaik. Jom kita ikuti pula, bagaimana segelintir masyarakat kota memotivasikan diri mereka setiap hari.

Ayah sentiasa ada di dalam jiwa saya..

Travel Journalist

Roy, kehilangan ayah semasa dia masih remaja. Tugas menyara keluarga digalas oleh si ibu. Oleh itu, sebagai satu-satunya anak lelaki dalam keluarga, setiap langkah perjuangannya kini adalah kerana ibu bapanya.

Pesanan ayahnya yang masih terpahat diingatan sehingga kini:

“When the going gets tough, just keep going on. Don’t look back. You set the steps”.

Tinggalkan kerja tetap demi mengejar impian

Pelukis

Dahulunya, pelukis yang berniaga di Pasar Seni ini, bekerja di pejabat dan mempunyai pendapatan tetap. Namun, demi minatnya, dia berhenti kerja dan meneruskan karier sebagai pelukis di ibu kota.

“Jika dulu gaji saya boleh digunakan untuk membayar rumah,kereta dan keperluan anak-anak. Tapi sekarang memang struggle. Ada masa okay, ada masa tak berapa okay.

Tapi alhamdulillah, takdelah sampai tak makan.”

Berjuang saban hari untuk beri kehidupan yang lebih baik buat keluarga

Pekerja swasta

Altimet kemudian berjumpa dengan Azizi, dia merupakan seorang suami dan juga seorang ayah. Perjuangannya adalah semata-mata untuk keluarga tercinta. Setiap hari berulang-alik bekerja untuk mencari rezeki untuk kehidupan yang lebih baik demi anak-anak dan isteri.

Mula bekerja seawal usia 18 tahun demi mencari rezeki membantu keluarga

Penjual cenderamata

“Motivasi saya setiap hari ialah keluarga saya. Saya datang daripada keluarga yang susah. Perkara itu yang membuatkan saya untuk lakukan lebih lagi dan tidak cepat mengaku kalah”

Muda dan penuh motivasi. Di saat yang lain sedang menikmati kehidupan remaja, dia pula ligat mencari rezeki buat keluarga. Namun, tiada langsung sesal kerana itu perjuangan yang dia inginkan.

Kos hidup yang tinggi, niat membantu keluarga

Pekerja swasta

“Niat saya bekerja setiap hari adalah untuk diri saya sendiri, selain itu saya juga ingin membantu kedua ibu bapa saya dan family”

Bagi pekerja swasta ini pula, menetap di ibu kota Kuala Lumpur sememangnya memerlukan kos sara hidup yang tinggi. Perkara itu, yang memberikan dia motivasi untuk meneruskan kehidupan sehariannya selain ingin membantu keluarganya.

Pagi itu sememangnya rezeki. Walau apa jua onak and duri, kita mesti kekal tabah, untuk bangkit berjuang setiap pagi. Betul tak?

Melalui kisah juang the real hustlers ni, Altimet bersama Nescafe Blend and Brew mendapat inpirasi untuk menulis puisi pantas, khas mengenai perjuangan seharian hustlers ni.

Kerana mereka percaya, bahawa bukan mudah untuk menempuh pelbagai ujian setiap hari. Namun begitu, walau apapun cabaran dan rintangan yang dihadapi perjuangan tetap harus diteruskan, demi matlamat yang ingin dicapai.

Haa.. Nak tahu macam mana bentuk puisi yang Altimet buat? Korang bolehlah tengok video kat bawah ni. Check it out guys. Serius sempoi habis!

Most Read Today