Kisah perkahwinan kedua suami Erma Fatima mula menjadi buah mulut orang ramai apabila pihak media menerima foto majlis persandingan Bade Hj. Azmi dengan seorang wanita bernama Aida Abdul dan mereka dipercayai bernikah di negara jiran.
Namun, bukan soal perkahwinan itu yang menjadi fokus dan intipati artikel ini, tetapi kisah kecekalan hati seorang wanita bernama Erma Fatima. Salute!
Mana taknya, pengarah yang kini berada di Sepanyol itu memberitahu Pancaindera bahawa dia merestui dan mengizinkan suaminya itu untuk bernikah buat kali kedua.
Erma Fatima terima pernikahan kedua suaminya
“Ohhh.. Saya restu dan saya izinkan. Saya tidak boleh menghalang orang yang saya sayang untuk mendapatkan kebahagiaan itu. Kasih sayang itu soal hati, tiada kuasa pada manusia untuk menghalangnya. Setiap manusia berhak mendapatkan kebahagiaan sendiri.
Selama perkahwinan kami, Bade merupakan seorang lelaki yang baik, ayah yang bertanggungjawab kepada anak-anak. Malah saya cukup bersyukur untuk mengetahui siapa saya sekarang adalah kerana dia.
Saya minta jangan sensasikan lagi kisah perkahwinan Bade ini. Jujur saya katakan Bade berhak dan mampu untuk berkahwin lagi. Jadi saya minta semua orang di luar sana mendoakan kebahagiaan dia dan isterinya itu.”
Mulia sungguh hati Erma bukan? Sanggup berkongsi kasih demi membahagiakan suami tercinta. Saya percaya, tidak ramai wanita di luar sana mampu menjadi secekal Erma. Anda mampu?
P/S: Payung emas menanti.
Kredit Foto: Instagram Erma Fatima