berita

Bagi Penggemar Masak Lemak Cili Padi, Ini 6 Resipi Paling Ringkas & Sedap Korang Boleh Cuba

October 19th, 2017 | by Arini Saleh
MyResipi

Antara masakan Melayu tradisional yang menjadi kegemaran ramai mestilah Masak Lemak Cili Api. Rasanya yang lemak bersantan dan pedas itu sangat sesuai dengan citarasa orang Melayu yang memang suka pedas.

Selain daripada ayam, korang juga boleh pelbagaikan masakan masak lemak cili api ini dengan daging, udang, ketam, ikan dan sebagainya. Yang penting cara penyediaannya sangat ringkas dan bahan mudah didapati. Di sini kami nak kongsi 6 resipi masak lemak cili api paling sedap korang boleh cuba.

1. Masak Lemak Cili Api Udang

Bagi penggemar udang, korang boleh cuba masak cili api udang pula. Rasa udang segar yang manis dalam kuah lemak pedas boleh buat korang tambah nasi banyak kali.

Resipi penuh : http://myresipi.com/recipes/masak-lemak-cili-api-udang

2. Masak Lemak Cili Api Ikan Sepat Masin Bersama Nenas

Teringat pula masakan ibu dan nenek sewaktu kecil kan? Kebiasaannya masakan masak lemak cili padi ikan masin memang disertakan nenas supaya rasanya lebih ‘kick’. Semua rasa ada dalam satu masakan, yang paling penting memang sangat sedap. Lagi mengancam jika ada sambal belacan!

Resipi penuh : http://myresipi.com/recipes/masak-lemak-cili-api-ikan-sepat-masin-bersama-nenas

3. Masak Lemak Cili Api Ikan Kering Bersama Petai

Salah satu cara untuk mempelbagaikan masakan masak lemak cili padi adalah menggunakan ikan kering bersama petai. Kebiasaannya petai dimakan sebagai ulam ataupun dimasak bersama sambal ikan bilis. Namun sebenarnya, untuk masak lemak pun korang boleh cuba variasikan, rasanya pasti lebih memikat.

Resipi penuh : http://myresipi.com/recipes/masak-lemak-cili-api-ikan-kering-bersama-petai

4. Masak Lemak Cili Api Ikan Cencaru Bakar

Selain daripada menu diatas, korang boleh juga cuba menggunakan ikan cencaru. Ikan tersebut dipanggang terlebih dahulu dan dibuang kulit kerasnya sebelum dimasukkan ke dalam kuah lemak. Guna pemanggang ajaib (magic pan) pun dah boleh sediakan menu ringkas ini.

Resipi penuh : http://myresipi.com/recipes/masak-lemak-cili-api-ikan-cencaru-bakar

5. Masak Lemak Telur Itik

Bagi penggemar telur itik, korang boleh cuba resipi masak lemak telur itik ini. Kami percaya masak sendiri lagi puas hati berbanding beli di kedai, betul tak? Jangan risau, cara masakannya sangat ringkas dan yang paling penting sedap! Anak-anak pun suka.

Resepi penuh : http://myresipi.com/recipes/masak-lemak-telur-itik  

6. Masak Lemak Cili Padi Daging Salai

Resipi masak lemak yang paling famous di Negeri Sembilan mestilah masak lemak daging salai. Mengikut cara resepi asli Negeri Sembilan, mereka tidak menggunakan bawang malah petua turun temurun tidak menggunakan minyak ketika menumis.

Apa lagi tunggu? Korang boleh cuba salah satu menu di atas hujung minggu ini!

Resipi penuh : http://myresipi.com/recipes/masak-lemak-cili-api-daging-salai-dgn-mangga-muda

sumber : myresepi

 

 

The following two tabs change content below.

SKIP THIS AD ×