berita

‘Bagi Saya Ia Kebudak-Budakan’ – Ini Sebab Elfira Loy Dituduh Perosak Rumah Tangga

May 24th, 2018 | by faris
Kini Trending

Dunia hiburan dikejutkan dengan perpisahan Nazim Othman dan Bella Dally setelah hampir 2 tahun mendirikan rumah tangga. Mereka memilih untuk merahsiakan punca perpisahan sehingga menyebabkan ramai peminat menimbulkan spekulasi sendiri.

Tidak semena-mena, nama Elfira Loy dikaitkan sebagai punca perceraian pasangan itu oleh netizen.

Hanya kerana sekeping foto

Menurut Elfira, dia dikaitkan sebagai punca hubungan Nazim dan Bella berantakan hanya kerana satu foto yang diambil bersama pelakon tinggi lampai itu untuk satu kempen. Namun, tambahnya lagi, foto itu diambil selepas Nazim-Bella tidak lagi bersama.

Hanya kerana sekeping foto yang dimuat naik, pelbagai spekulasi timbul. Mungkin ini berlaku kerana Bella dan Nazim memilih untuk tidak mengulas lanjut mengenai perpisahan mereka.

Malah, foto itu dirakamkan selepas mereka bercerai. Saya tak tahu bagaimana spekulasi itu boleh timbul pula, sedangkan kami sudah berkawan sejak dulu lagi.

Harap tak timbul lagi

Personaliti kecil molek ini juga berharap khabar angin sebegitu tidak ditimbulkan di masa akan datang kerana beranggapan ianya kebudak-budakan.

Saya harap tuduhan seperti ini tidak timbul lagi. Bagi saya ia bersifat kebudak-budakan.

Ujarnya lagi, dia yakin pasangan itu sudah meneliti semua aspek sebelum membuat keputusan sebesar itu.

Pasti mereka sudah mengkaji semua perkara baik dan buruk sebelum mengambil keputusan berpisah.

Sumber: Berita Harian

The following two tabs change content below.

SKIP THIS AD ×