berita

Bahagia Selepas Kembali Rujuk, Adam & Fiza Mahu Segera Dapat Anak. Alhamdulillah!

August 11th, 2014 | by Ai
Lensa Insta

IMG_1724-630x434

Rasanya,korang mesti dah tahu pasangan popular Fiza dan Adam (AF) dah kembali rujuk kan? Alhamdulillah kami pun tumpang gembira dengan berita ini.

Menurut laporan Berita Harian semalam, pasangan ini telah rujuk semula pada 17 Julai lalu iaitu pada 19 Ramadhan. Kalau korang nak tahu, mereka kini mahu segera dapat anak tau! Iyalah, anak-anak kan pengikat kasih suami isteri.

Sejak tahu mengenai berita gembira ini, kami pun adalah mengintai ke laman Instagram milik Fiza. Iyalah nak juga lihat wajah bahagia mereka berdua kan!

Screen Shot 2014-08-10 at 9.51.22 PM Screen Shot 2014-08-10 at 9.51.39 PM

Bila ibu bapa dah kembali bersama, yang paling seronok tentulah anak-anak kan? Semalam, Fiza sempat memuat naik foto dia dan Adam menghabiskan masa bersama anak-anak mereka.

Tengok movie katanya. Gembira ada, sebak pun ya bila melihat foto mereka ini. Bukan apa, jelas terpancar kebahagiaan dan kegembiraan keluarga ini.

Bukan mereka saja, rata-rata pengikut Instagram Fiza turut mendoakan yang terbaik dan memberikan ucapan tahniah buat mereka berdua.

Betul kata pepatah, kalau dah jodoh tak kemana kan? Kami harap baik Adam mahupun Fiza akan bertambah erat dan cepat-cepat dikurniakan cahaya mata lagi.

Anggap sahaja perkara yang telah terjadi sebagai pengalaman dan pengajaran. Apa yang penting, perbaiki segalanya untuk kehidupan akan datang.

Kredit Foto : Instagram Fiza Halim

SKIP THIS AD ×