berita

‘Baik Jual Bab* Jelah!’ – Rita Rudaini Berang Namanya Disalahguna Scammer Jual Kucing

April 19th, 2018 | by Shafika
Isu & Kontroversi

Sejak kebelakangan ini terlalu banyak kes penipuan melibatkan urusan jual beli dilaporkan melalui pelbagai platform media. Tidak kiralah sama ada dalam kalangan penjual mahupun pembeli.

Melalui perkongsian daripada laman Instagram milik seorang pelakon cantik, Rita Rudaini mendakwa namanya digunakan oleh seorang scammer bagi tujuan penjualan kucing.

‘Pukul satu pagi dia sampai, bawa kitten lain’

Menurut Rita, dia pernah membuat urusan jual beli anak kucing bersama wanita yang didakwa menggunakan namanya bagi meneruskan sindiket penipuannya. Namun, apa yang diperoleh daripada jual beli tersebut sangat berbeza dengan gambar yang disertakan didalam iklan malah kucing yang diperolehnya juga tidak sihat.

‘Janji nak bagi kucing lain, tapi lepas tu senyap..’

Dakwa Rita lagi, dia mendapatkan khidmat nasihat daripada pakar haiwan dan mendapati kucing tersebut sakit. Wanita berkenaan berjanji untuk menukarkan kepada kucing lain namun tiada sebarang tindakan daripada pihaknya sehingga ke hari ini.

‘Baik jual bab* je lah..’

Rita berang kerana namanya digunakan bagi menjalankan urusan jual beli dengan pembeli lain bagi meneruskan kerja licik tersebut. Malah penjual tersebut juga mendakwa kucing yang dijual kepada Rita mati disebabkan oleh kecuaian anaknya.

‘Sedap ke makan duit haram macam tu?’

Rita juga mempersoalkan tindakan penjual terbabit dan mengambil tindakan untuk mendedahkan wajah penjual tersebut bagi mengelak kejadian yang sama berulang kepada orang lain.

Credit: Rita Rudaini

The following two tabs change content below.

Shafika

Content Champion at Rev Asia Berhad
I'm not fat, I'm just easy to see

SKIP THIS AD ×