berita

Bakal Muncul Dengan Album Baru, XSCAPE Mengandungi Rakaman Asal Suara Mendiang Michael Jackson

April 1st, 2014 | by Ai
Hollywood

140331-michael-jackson-xscape

Tahun 2009 merupakan tahun yang sangat mendukacitakan buat para peminat setia Michael Jackson setelah raja pop itu disahkan mati pada 25 Jun iaitu malam sebelum hari lahirnya yang ke-51.

Biarpun sudah lebih lima tahun, namun kematian MJ langsung tidak memadamkan nama dan sejarah hidupnya dari industri hiburan Hollywood.

Malah, penerbit dan penyanyi-penyanyi baru juga sangat teruja untuk melibatkan diri dalam projek muzik yang melibatkan hasil seni MJ walaupun jasadnya sudah tiada lagi.

Dan kini usaha MJ sebagai anak seni nampaknya tidak hanya terhenti separuh jalan apabila syarikat rakaman Epic Records sekali lagi bakal tampil dengan album terbaru MJ selepas kematian mendiang.

Screen Shot 2014-04-01 at 15.02.03

Jika pada 2010, syarikat rakaman berkenaan telah menerbitkan album berjudul Michael yang mengandungi sembilan buah lagu daripada rakaman sesi akhir MJ, kini peminat bakal dihidangkan dengan bingkisan terbaru berjudul XSCAPE.

Album tersebut mengandungi lapan buah lagu MJ yang belum pernah diperdengarkan kepada umum dan difahamkan lagu-lagu yang terpilih diambil daripada simpanan perpustakaan muzik MJ sebelum diserahkan kepada penerbit berwibawa untuk disusun semula.

Antara penerbit yang bekerjasama dalam penghasilan album ini adalah nama-nama besar seperti Timbaland, Rodney Jerkins, Stargate dan John McClain.

Untuk pengetahuan anda, XSCAPE akan mula dilancarkan pada 13 Mei 2014 dan turut menampilkan versi istimewa yang mengandungi rakaman asal suara MJ.

SKIP THIS AD ×