berita

‘Barang Kemas Dihantar Untuk Dinilai, Tak Wajib Beli’ – Peguam Rosmah Mohon Batal Saman

July 23rd, 2018 | by faris
Kini Trending

Media sebelum ini melaporkan isteri Datuk Seri Najib, Datin Seri Rosmah Mansor disaman oleh syarikat barang kemas dari Lubnan. Rosmah disaman seorang tukang emas berkenaan dengan jumlah hampir RM60 juta selepas 44 barangan kemas yang dihantar kepadanya pada Februari, dirampas pihak berkuasa Mei lalu.

Artikel berkaitan: Belum Selesai Kes Najib, Rosmah Mansor Pula Disaman

Rosmah menerusi peguamnya membuat kenyataan pembelaan yang difailkan di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini bagi menjawab saman tersebut.

Dihantar untuk dinilai

Rosmah bagaimanapun menafikan dia ada membeli mana-mana barang kemas daripada syarikat pemborong barang kemas dari Lubnan. Perkara itu disahkan firma Guaman Geetham Ram yang mewakili Rosmah dalam pembelaan di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur.

Barang-barang kemas itu dihantar kepada anak guam kami untuk dilihat dan dinilai kerana kapasiti beliau sebagai isteri seorang Perdana Menteri Malaysia tanpa kewajipan beliau membelinya.

Menurut Sinar Harian, firma itu menegaskan, saman yang difailkan Global Royalty terhadap anak guam mereka adalah bertentangan dengan Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram dan Pencegahan Pembiayaan Keganasan 2001.

Tindakan saman yang dikemukakan jelas bertentangan dengan undang-undang, remeh, menyusahkan dan menyalahgunakan proses mahkamah.

Mohon batalkan saman

Oleh itu, tuntutan saman yang dibuat syarikat berkenaan terhadap anak guam mereka supaya memulangkan semula barang kemas berkenaan atau membayar sebanyak RM59,831,317.40 adalah tidak berasas.

Sehubungan itu, firma itu menjelaskan, pihaknya akan mengemukakan permohonan bagi membatalkan saman tersebut.

Sumber: Sinar Harian

The following two tabs change content below.

SKIP THIS AD ×