berita

‘Baring Dalam Kereta Sampai Muntah’ – Luahan Kecewa Lelaki Ini Bapa Sakit Tunggu Lama Untuk Rawatan

November 20th, 2017 | by Arini Saleh | 0 comments
26.8K
reads
4.5K
shares
Kini Trending

Beberapa hari lepas, seorang lelaki meluahkan rasa sedih dan kecewa kerana ayahnya yang sakit terpaksa menunggu lama untuk mendapatkan rawatan di sebuah hospital di Putrajaya.

Mereka bertiga yang datang dari Negeri Sembilan mengambil masa 5 jam untuk sampai dalam keadaan cuaca yang tidak menentu dan kesihatan ayah yang kurang baik. Kerana terlewat datang temujanji, mereka terpaksa tunggu sehingga jam 2 petang.

Saya datang dari kampung

Gambar dimana keadaan mak yang letih dan ayah yang menahan sakit. Sekarang baru jam 10 pagi. Ada lagi 4 jam menunggu.

Maafkan saya wahai penjawat awam.. dengarlah luahan hati kami… mohon selepas ini tuan puan bekerja dengan lebih fokus janganlah sambil lewa (hanya kerana tertulis no 1 dihadapan).

Saya dari kampung Negeri Sembilan yang jauhnya 200km untuk kesini dan mengambil masa perjalanan 5 jam dengan keadaan cuaca yang lebat dan keadaan kesihatan ayah yang baru menjalani pembedahan.

Saya terpaksa cuti awal untuk memulakan perjalanan awal sebab dikatakan appoiment jam 9 pagi. Jadi terpaksa bermalam di hotel bagi memudahkan urusan doktor (takut terlewat oppoiment doktor jadi susah).

Di tulis di sampul surat (menggunakan tangan ) tarikh 16/11/17 oleh hospital berdekatan untuk urusan di Putrajaya..dan di call untuk peringatan tarikh yang sama.. tapi bila tiba disini (Putrajaya) appoiment sepatutnya 6/11/17 ..jadi kami lewat 10 hari akibat hospital berdekatan tersalah tulis tarikh pada surat..

Mungkin salah kami sampai awal sangat (jam 7 pagi) kami kena tggu sampai 8.30 untuk urusan pendaftaran , akibat kelewatan kami..kami kena tunggu lagi sampai jam 2 petang kerana doktor keluar.

Baring dalam kereta sampai muntah-muntah

Kami berharap doktor tiba jam 2 petang kerana kesian dengan kesihatan ayah yang baru dibedah di perutnya terpaksa duduk (dari pagi tadi) sekarang baring dalam kereta sehingga termuntah-muntah.

Saya faham tugas tuan puan (pekerja kerajaan terutama bahagian kesihatan) amat susah dan payah..tapi jangan lah leka atau sambil lewa kerana anda menyusahkan kami..

Tuan puan (jururawat bahagian berkenaan) maafkan saya jika hanya post di fb tapi harap jika tuan puan membacanya.. harap tuan puan ambil yang positif.

Mungkin salah saya tak mampu menghantar ke hospital swasta untuk dilayan yang terbaik..tapi jika tuan puan melakukan kerja dengan cermat..mungkin hospital kerajaan boleh jadi lagi terbaik dari swasta…

Maafkan saya… apa-apa pun Institusi kanser negara terbaik.

Pada 17 November, lelaki ini telah memuatnaik status ‘Akhirnya Kau Pergi Jua’ diikuti komen salam takziah daripada rakan-rakannya di facebook. Semoga roh ayah dicucuri rahmat dan ditempatkan dalam kalangan orang beriman.

sumber : Ajie Safizi

Most read today

Recommended for you