berita

‘Bawa Kereta Macam Pelesit’ – Anak Mangsa Kemalangan LPT 2 Kecewa Baca Komen Netizen

June 18th, 2018 | by Amat
Kini Trending

Menjelang hari Raya Aidilfitri, ramai warga kota berpusu-pusu pulang ke kampung halaman untuk beraya bersama keluarga tercinta. Keadaan trafik juga dilaporkan sesak akibat banyak kemalangan yang berlaku. Termasuk keluarga ini yang dalam perjalanan pulang ke Kelantan menggunakan Lebuhraya Pantai Timur dan mereka mengalami kemalangan yang kritikal.

Namun, ramai pula yang menghentam kenyataan terhadap kemalangan tersebut. Tampil anak mangsa berkongsi detik kejadian dan cuba untuk menjelaskan situasi sebenar.

‘Bawa kereta macam pelesit’

Saya membaca sakit mata, sakit hati

Hai. Saya fiza. Anak pemandu Preve yang accident di lpt 2. Yang encik Fendi ada share di group Terengganu. Saya terpaksa repost balik sebab admin delete post saya. Dan dibuang group. Saya menyuarakan sedikit perasaan kecewa sebab terlalu ramai makcik pakcik bawang yang mengata mak saya bwk kereta macam pelesit, tempah kubur, driver hantu, bawak beribu km/h. Saya yang membaca ni, sakit mata sakit hati. Untuk pengetahun encik2 semua, mak saya drpd johor ke kelantan untuk balik rumah sendiri. Bukan balik untuk raya. Kawasan tu, memang dah jadi laluan kami anak beranak sejak saya kecik lagi. Ayah saya sendiri yang menjaga projek lpt 2 sejak tahun 2008. Lpt 2 tu memang ada masalah tersendiri sejak dulu. Projek asyik tergendala. Makan bertahun tahun untuk siap. Encik2 semua boleh google tentang kejadian2 yang berlaku di sana. Kami sekeluarga dah selalu sangat lalu situ untuk perjalanan kelantan ke johor atau kelantan ke kl kerana kampung nenek di kelantan. kami tau situ memang jalan tak berapa elok. Mak saya drive cuma kelajuan 90km/h. Saya ulang. 90km/h.

Lalu situ baru cakap

Ada jugak mulut yg bercakap, “dah tau situ selalu kemalangan, pergi bwk laju2 kenapa. Saje cari penyakit” Eh. Siapa yang suka masuk hospital? Lagi satu, ramai yg bercakap kawasan situ jalan beralun. Makcik pakcik sekalian, lalu situ dulu. Baru cakap. Takde beralun langsung. Jalan rata. Nak kata pasal mengantuk, sebelum sampai perasing, mak saya dah berhenti rnr untuk tidur selama 1 jam. Tengah drive, sambil berbual dgn anak2, sampai je bwh jambatan, tiba2 mata blank. Tak nampak apa. Terus terlanggar divider, kereta berpusing macam gasing. Takdir menyebelahi kami. Semua selamat. Cuma adik bongsu saya yg duduk di seat belakang sedang bersabung nyawa di icu. Cuba encik2 semua berada di tempat kami, family tengah keadaan tenat, org lain boleh cakap bukan2, mengata bukan2. Saya harap kamu semua faham apa yg saya cuba sampaikan. Beringat bila komen, beringat bila memberi nasihat. Bila kene batang hidung sendiri, baru tau macam mana perasaan. Di sini saya sertakan sekali orang yang mengata mak saya. Berkejar kejaran lah di alam sana kalau tak sempat meminta maaf dengan tuan badan.

Info tambahan : Jangan fikir enjin tercampak tu sebab bawak laju. Otak ada. Tangan ada. Kau pergi google safety proton preve. Kalau ada kemalangan, impak daripada depan, enjin akan automatically tercampak daripada. Untuk mengelakkan driver tersepit.

Sumber: Siti Rafizah

SKIP THIS AD ×