berita

‘Bayar Pampasan RM20 Juta Dahulu Baru Pindah’ – Respon Pemilik Rumah Viral Enggan Pindah

January 11th, 2018 | by Shafika
Isu & Kontroversi

Beberapa hari lepas ayah kepada pelakon popular Emma Maembong, Ismail Embong telah berkongsi kisah lawatannya ke sebuah rumah usang yang lama. Paling menarik sekali apabila rumah itu berada di tengah pembangunan yang pesat. Memang ramai netizen yang kagum dengan pendirian kawan ayah Emma Maembong itu.

Artikel Berkaitan : Ayah Emma Maembong Melawat Rumah Usang Di Tengah Kawasan Pembangunan, Ini Perkara Ditemuinya

Terbaru, menerusi Harian Metro, siapa sangka di sebalik pendiriannya rupanya dia mahu menuntut RM 20 juta sebagai pampasan. Tambahnya lagi, kerajaan hanya menawarkan RM 20 ribu dan harga itu tidak berbaloi untuk dilepaskan.

 Mahu 20 juta

<

Mereka menawarkan RM20,000 sebagai pampasan supaya kami berpindah, memang nilai yang tak masuk akal sedangkan tanah dan rumah yang kami diami ini berada di kawasan bandar. Kami semua nekad, jika pampasan sebanyak RM20 juta seperti diminta tidak ditunaikan, kami tak akan berganjak.

Sekarang ini saya sebagai anak ketiga, masih tinggal di sini bersama keluarga sendiri manakala adik-beradik lain pula tinggal di tempat lain.

Menurut Wan Mokhtar, dia dan tujuh adik-beradiknya yang lain pernah dipanggil ke Pejabat Tanah dan Galian (PTG) Terengganu berhubung projek yang ingin dibangunkan di kawasan kampung berkenaan beberapa tahun lalu. Masalah timbul apabila pihak PTG memaklumkan bahawa tiada rekod pemilikan tanah berkenaan disimpan.

Tidak halang pembangunan

 

Bagaimanapun, kami tetap nak tuntut hak yang sepatutnya dan kami berasakan jumlah pampasan yang dipinta itu sangat munasabah. Saya difahamkan peguam itu akan datang ke mahkamah di sini pertengahan bulan ini.

Apa yang kami harapkan supaya perkara ini diselesaikan dengan sebaik mungkin sekali gus memberi keadilan kepada kami sekeluarga.

Wan Mokhtar berkata, dia dan keluarga tidak langsung menghalang pembangunan, malah menyokong penuh pelaksanaan projek yang memberi manfaat kepada rakyat. Keluarganya sudah melantik peguam dari Kuala Lumpur bagi urusan tuntutan pampasan di mahkamah.

Sumber : Harian Metro

SKIP THIS AD ×